Apa itu Pinjaman Semula Kenderaan atau Refinance Kereta?

12 07 2009

Sumber:www.avoza.com/refinance-car-pinjaman-kereta/comment-page-1/#comment-769
Apa itu pembiayaan semula kenderaan?
Pembiayaan atau pinjaman semula kenderaan ni secara mudah maksudnya ‘loan’ semula kenderaan anda dengan pihak bank/finance tidak kiralah sama ada kenderaan anda tu masih ada hutang ataupun telah habis bayar.

Apa tujuannya?
Ada 2 sebab utama iaitu sama ada untuk mendapatkan tunai mudah segera (easy fast cash) ataupun untuk mengurangkan komitmen (mengurangkan/mengecilkan jumlah bayaran ansuran bulanan @ monthly installment).

Apakah jenis kenderaan yang boleh dipinjam semula?
Semua jenis kenderaan persendirian roda 4 iaitu kereta, wagon, 4WD, MPV, SUV termasuk juga van.

Perlukah nama pemilik ditukar kepada pihak ketiga?
Tidak perlu sama sekali. Nama anda sebagai pemilik akan dikekalkan di geran kenderaan tanpa ditukar kepada penama lain. Cuma tuntutan hakmilik kenderaan yang akan ditukar kepada pihak bank/finance pembiaya (yang memberi anda pinjaman semula).

Apa kelebihan tidak menukar nama?
Pertamanya mengurangkan risiko kerana kenderaan anda di atas nama anda sendiri terutamanya apabila berlaku kemalangan atau kecurian. Keduanya diskaun untuk insuran motor iaitu NCD (No Claim Discount) atau juga disebut NCB (No Claim Bonus) boleh dikekalkan dengan itu anda dapat jimatkan jumlah premium yang perlu dibayar untuk jumlah perlindungan yang sama.

Apa langkah-langkah yg perlu saya buat sekiranya saya berminat?
Anda cuma perlu emailkan nama, nombor telefon dan nombor kenderaan anda dan saya akan membalas secepat mungkin melalui telefon (namun jika anda lebih suka saya membalas melalui email,sila nyatakan).

Pertanyaan juga dialu-alukan. Tidak semestinya anda pasti nak buat pinjaman semula baru nak email @ telefon. Kalau sekadar untuk tahu @ membuat pertimbangan pun tidak mengapa. Memang menjadi tujuan utama blog ini iaitu untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan.


Actions

Information

2 responses

9 03 2011
hana

hmm..w/pn post ni dah lame, nk tnya gak..boleh lg ke nak wat refinance car skg ni?

5 04 2011
Anonymous

hana:boleh..saya bru je buat refinance.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: