Harga rumah dan strategi menilai harga

16 07 2009

Sumber:www.drumah.com/harga-rumah-dan-strategi-menilai-harga/557.html
Harga rumah dan strategi menilainya; Apabila kita sebagai tuan rumah mengambil keputusan untuk menjual hartanah pasti kita sendiri berasa bingung bagaimana dan apakah caranya saya boleh menjual rumah ini? dan tertanya-tanya “apakah harga rumah saya? betul ke harga yang saya jual ini?” Saya pasti… setiap tuan rumah mesti akan berfikiran sebegitu.

Jadi hari ini saya ingin berkongsi sedikit info menarik bagaimana kita boleh melakukan penilian hartanah sendiri, sekurang-kurangnya kita tahu nilai hartanah kita.

Pada hemat saya, cara terbaik untuk anda menilai hartanah adalah dengan melakukan “perbandingan”. Bandingan bagaimanakah yang dimaksudkan? Perbandingan yang dimaksudkan adalah perbandingan data sejarah hartanah dikawasan anda.

Perbandingan data hartanah boleh dibuat dengan mengakses segala sumber data hartanah seperti akhbar, majalah, papan tanda dan internet. Akhbar-akhbar yang boleh digunakan dan banyak data-data hartanah adalah ruang “classified” TheStar. Ada beberapa majalah yang saya selalu gunakan seperti iproperty dan homefinder. Untuk internet anda boleh gunakan iproperty.com, propertylink.com.my, estate123.com, dan thinkproperty.com.my. Data-data ini dikumpulkan dan digunakan untuk perbandingan, sebaik-baiknya hartanah itu mesti didalam keluasan yang sama. Tetapi masalahnya tidak semua hartanah yang dijual berada didalam keluasan yang sama oleh itu anda perlu menilai harga semasa tanah mengikut ukuran sekaki persegi (kps).

Ianya satu cara yang hampir-hampir tepat dan terbaik, Sekurang-kurangnya cari lah tiga (3) hingga lima (5) jenis hartanah didalam lingkungan kawasan dan saiz yang lebih kurang sama. Dibawah saya berikan simulasi perbandingan sebagai contoh;

Langkah 1. Cari perbandingan mengikut ukuran kaki persegi (KPS)

Rumah 1: 960 kps
Rumah 2: 2,250 kps
Rumah 3: 1,550 kps
Jumlah : 4,760 kps

4,760 / 3 = 1,587 Kaki persegi

1,587 adalah purata perbandingan anda mengikut ukuran kaki persegi

Langkah 2: Cari perbandingan harga dididalam kawasan

Rumah 1: RM289,000
Rumah 2: RM390,000
Rumah 3: RM325,000

Jumlah: RM1,004,000

RM1,004,000 / 3 = RM334,667

RM334,667 adalah harga purata perbandingan didalam kawasan

Langkah 3: Bahagikan purata harga dengan purata ukuran kaki persegi:

RM334,667 / 1,587 = RM211/sekaki persegi

RM211 adalah purata harga rumah anda didalam ukuran sekaki persegi

Langkah 4: Rangka harga rumah anda:

Ambil RM211 dan darabkan nilai tersebut kepada saiz rumah anda untuk mendapatkan harga jualan rumah. Sebagai contoh, jika rumah anda berkeluasan 1,587 sekaki persegi, darabkannya dengan RM211 (cth: 1,587kps x RM211 = RM334,857).

Nah! lihat, inilah harga cadangan rumah anda RM334,857!

Dapatkan penilaian profesional

Jika anda ingin mendapatkan kepastian dengan pandangan pihak yang lebih arif sila hubungi mana-mana penilai hartanah dan agensi hartanah yang berdekatan untuk membantu anda didalam penilaian.

Semoga kita dapat memperolehi manfaat dari artikel ringkas ini.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: