Sebelum booking rumah

7 08 2009

Sumber:rohaniahnoor.blogspot.com
Saya menerima satu soalan dr shahrul di ruangan komen bg review unipark.
Oleh kerana saya rasa soalan tu penting dan jawapannya saya nak highlight kepada semua pembaca, saya jawab di sini la ye.. terus kongsi bersama berbanding di komen yg agak tersorok.

Soalan:

saya sekarang tgh fikir nak beli atau tidak unipark condo ni, ini my first house la kalau jadi beli, saya cari yang nice location mcm this one, di tengah2 serdang, bangi, putrajaya dan cyberjaya, location mmg ok.. saya pun kerja di bangi je..

niat memang nak bagi sewa, cause saya duk sorang je, nak buat apa kan? skrg 50-50, ahad ni salesman nak suruh saya gi tengok show unit mereka.. boleh ke nak try loan dulu tapi xnak bayar deposit kpd mereka, because dulu saya pernah kena, deposit x dipulangkan slps loan saya x lepas banyak juga rm3k lesap mcm tu je.. mereka kata tunggu tunggu, kena suh datuk sain cek, sekarang datuk tu pun dah mati dah..

Jawapan:

Sekiranya anda berhajat untuk membeli rumah yg sedang dlm pembinaan atau direct dr developer, pastikan dua perkara ni dilakukan sebelum bayar duit booking.

1) tanya dulu dgn banker berapa max lon yg anda layak.
at least ada satu atau dua bank kata anda layak buat loan lebih dr harga rumah yg anda nak beli tu, baru selamat utk book rumah tu.
Contohnya, sebelum saya beli vista angkasa, saya tanya alrajhi berapa saya layak.
alrajhi buat sedikit kiraan berdasarkan komitmen saya.
kemudian mereka bgtau saya layak buat loan 300K.
then baru saya yakin untuk survey rumah dlm area 160K – 200K untuk dibeli sbb saya yakin saya boleh dpt loan.

2) sebelum book, tanya dulu salesperson rumah tersebut, adakah deposit akan dipulangkan kalau loan tak lulus.
contohnya dlm kes unipark seperti yg shahrul tanya, duit booking adalah 1k. so tanya mereka, adakah mereka akan pulangkan blik duit ni?
sesetengah developer akan pulangkan semula setelah ditolak bayaran pentadbiran, mungkin rm300. so, bleh dpt balik 700.
saya pernah book casa idaman. bayar rm1k. then saya cancel bukan disebabkan gagal dpt loan tp sebab saya tukar fikiran. mereka pulangkan semula rm700 kepada saya dlm bentuk cek dua bulan selepas tu.
sesetengah developer pula pulangkan semula sepenuhnya.
contoh kawan saya beli 162 residency, dia bayar rm500. bila dier batalkan booking, developer pulangkan rm500 tu semula sepenuhnya.
tp ada juga developer yang langsung tak pulangkan satu sen pun.
developer ni sangat kejam dan kalau boleh elakkan book satu unit dari mereka.
sebab kita tak tahu kan adakah kita akan dapat loan atau tidak.
atau kita mungkin akan mengubah fikiran selepas booking.
contoh: sorang kawan saya book sri lavender di kajang.
bila dia ubah fikiran, duit 1K tu hangus.

utk refund balik duit booking ni, pastikan anda ada menandatangani dokumen pengesahan pembatalan dan di atas dokumen tu tercatat amaun yg akan dipulangkan semula nanti.
jangan main cakap mulut je.

so, shahrul, pilihan di tangan anda.
unipark ni projek yg bagus tp pastikan dulu 2 perkara yg saya tersebut di atas ni ye.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: