THINK & GROW RICH

19 08 2009

Sumber:azman-aziz.blogspot.com
Buku pertama yang aku tengah kaji sekarang ni berjudul “Think & Grow Rich”. Karangan Napoleon Hill. Sebenarnya ni buku kedua Think & Grow Rich yang aku beli. Dulu aku dah ada…. hilang bila dipinjamkan pada kawan. Lama baru aku jumpa edisi yang terbaru ni.

Cetakan pertama buku ni pada tahun 1937. Maknanya buku ni dah berusia 72 TAHUN. Penulisnya pun dah meninggal 30 tahun lebih. Sejak mula dikeluarkan hampir 20 JUTA naskah telah terjual tidak termasuk yang telah diterjemahkan ke berbagai bahasa. Versi bahasa Melayu ada berjudul “BERFIKIR UNTUK MENJADI KAYA”. Aku cuba baca tetapi aku suka baca karangan asal lagi. Ianya boleh dikatakan menjadi rujukan “WAJIB” bagi jutawan- jutawan yang telah berjaya sekarang ni.

Apa yang menariknya buku ini sehingga berjaya bertahan sehingga hampir 100 tahun dipasaran?

Sebenarnya sebelum menulis buku ni Napoleon Hill adalah seorang wartawan yang ditugaskan untuk menemuramah orang- orang yang berjaya pada masa tersebut seperti Andrew Carnegie (Orang paling kaya masa tu 1900an), Hendry Ford, Thomas A Edison, Dr Alexander Graham Bell dan banyak lagi nama- nama besar yang tercatat dalam sejarah. 25 tahun masa diambil dan 500 orang berjaya ditemui secara bersemuka.

Daripada kajian tersebut, Napoleon Hill melihat sebenarnya orang- orang berjaya ni mempunyai banyak persamaan baik dari sudut pemikiran mahupun tindakan. Hasilnya Napoleon Hill berjaya mengekstrak dan membuat RUMUSAN tentang apa dan bagaimana kesemua mereka ini boleh berjaya dengan cemerlang sekali. Hasilnya juga Napoleon telah menggariskan panduan, 13 Langkah untuk menjadi kaya.

Setelah hampir 72 tahun ditulis, Kebanyakan jutawan dan orang yang berjaya pada masa sekarang mengakui mempraktikkan apa yang ditulis oleh NApoleon Hill samada secara sedar atau tidak sedar. Edisi terbaru banyak memasukkan testimoni orang yang telahpun berjaya dengan mengamalkan langkah- langkah yang telah disebutkan dalam buku ini.

Kesimpulannya. Jika anda rasa ingin berjaya aku sarankan dapatkan buku ini. Tidak rugi memeilikinya hinggakan aku sanggup membelinya 2 kali. Buku pertama aku membacanya sekali lau dan buku kedua ni aku baca word by word, cuba memahami maksud Napoleon Hill satu persatu, mengambil nota dan rumusan dan paling penting aku mula mengamalkannya.
Posted by Azman Bin A Aziz


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: