Refinancing Housing Loan

1 09 2009

Sumber:www.asasteguh.com/2009/09/refinancing-housing-loanpinjaman-semula.html
Salam dan Selamat Berpuasa dan Salam Kemerdekaan……..

Ok, saya nak menyambung kembali cerita bab refinancing/pinjaman semula perumahan. Ada beberapa sebab kenapa anda ingin sangat-sangat nak buat pinjaman semula. Antara sebab-sebabnya ialah :-

* Untuk mengurangkan bayaran ansuran bulanan.
* Untuk memendekkan tempoh pinjaman.
* Untuk mendapatkan lebihan tunai samada untuk tujuan pelaburan, melangsaikan hutang kad kredit atau personal loan atau untuk pembiayaan pelajaran anak-anak/diri sendiri atau untuk memulakan perniagaan.

Ingin saya tunjukkan satu contoh bagaimana ianya boleh di lakukan dan apa pilihan yang ada untuk ketiga-tiga sebab di atas.

“Encik A mempunyai pinjaman perumahan seperti berikut :-

* Jumlah pinjaman = RM 254,000
* Jumlah ansuran bulanan = RM 1,721.00
* Tempoh pinjaman = 25 tahun
* Jumlah tahun pinjaman di bayar = 3 tahun
* Umur Encik A sekarang = 44 tahun
* Nilai semasa rumah (Current Market Value) = RM 350,000.00
* Baki pinjaman = RM 240,628.41
* Kadar faedah semasa = 3.75% (BLR-1.80%) BLR sekarang 5.55%.

Pilihan 1 – Mengurangkan bayaran ansuran bulanan :-

* Baki pinjaman = RM 240,628.41
* Tempoh pinjaman baru = 22 tahun
* Bayaran ansuran bulan baru = RM 1339.92
* Penjimatan sebulan = RM 381.08
* Jumlah penjimatan = RM 100,605.12

Pilihan 2 – Memendekkan tempoh pinjaman dengan bayaran ansuran asal/pinjaman lama :-

* Tempoh pemendekkan pinjaman = 6.66 tahun.
* Pinjaman perumahan dapat di pendekkan ke 15.34 tahun.
* Sekiranya En. A mengeluarkan Akaun 2 KWSP untuk mengurangkan baki pinjaman setiap tahun, tempoh pinjaman boleh di kurangkan kepada 8-10 tahun lagi mengikut jumlah pengeluaran. Berkemungkinan semasa En. A pencen, pinjaman perumahan habis di bayar.

Pilihan 3 – Mendapatkan wang tunai :-

* Jumlah pinjaman baru = RM 315,000.00 (90% MOF)
* Bayaran ansuran bulanan = RM 1807.98
* Baki pinjaman asal = RM 240,628.41
* Lebihan wang tunai = RM 74, 371.59

Bolehlah En. A gunakan duit tunai itu samada untuk melangsaikan hutang2 atau membuat pelaburan atau utk memulakan perniagaan. Beliau juga boleh mendapatkan lebihan tunai lagi daripada Akaun 2 KWSP dengan membuat pengeluaran untuk mengurangkan baki pinjaman perumahan sebelum membuat pinjaman semula. Maklumat lanjut boleh di perolehi dengan memiliki ebook PANDUAN KWSP di url berikut :-

http://www.panduankwsp.com/index.php?ref=zulhami

Sekiranya beliau ingin melaburkan sebahagian daripada wang tunai tadi untuk pelaburan emas dan beliau tak tahu caranya, bolehlah beliau miliki ebook Emas-emas Yang Hilang disini :

http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=zulhami

Ok, cukup setakat ini dulu………..ini hanya ilustrasi saya dan saya tidak bertanggungjawab sekiranya anda gagal untuk mendapatkannya.

Ingin menyertai personal coaching one to one basis, emailkan nama, emel dan no, tel. bimbit anda ke zul_hami@yahoo.com.

Rgds,
ZulBM


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: