Apakah tip ubahsuai yang meningkatkan nilai hartanah?

9 09 2009

Sumber:http://www.drumah.com/apakah-tip-ubahsuai-yang-meningkatkan-nilai-hartanah/606.html
Anda mencari idea untuk meningkatkan nilai hartanah? Tercari-cari apakah pengubahusaian yang terbaik untuk memaksimakan nilai harta? Takut melakukan kesilapan dengan melabur pada pengubahsuaian yang sia-sia? …

Jawapannya ada disini!

Baik, secara asasnya pengubahsuaian hartanah seperti rumah adalah yang terbaik untuk pelaburan jenis ini, manakala pengubahsuaian hartanah pada pegangan komersial mungkin akan membantu sedikit atau tidak bergantung pada bakal pembeli anda. Umumnya kita tahu bahawa setiap penyewa atau bakal pembeli hartanah komersial mempunyai business tersendiri dan mempunyai model dan konsep perniagaan yang berbeza-beza. Jadi adalah satu kesalahan dan tidak praktikal jika anda melabur berpuluh-puluh ribu untuk hartanah komersial anda. Jadi pendek kata, hartanah komersial tidak boleh diubahsuai untuk meningkatkan nilainya. Nasihat saya… jika anda ingin menjual hartanah komersial jual sahaja pada keaadaan semasa, kerana nilai hartanahnya tidak bergantung pada bentuk fizikal hartanah itu.

Lain pula pada mereka yang ingin mempertingkatkan nilai hartanah kediaman, terutamanya hartanah jenis kediaman bertanah. Ikuti 10 siri pengubahsuaian ini untuk memaksimakan nilai hartanah anda.

1. Cat: Dengan kemasan lapisan cat baru yang ideal berwarna neutral, boleh melakukan kejutan demi memeriahkan ruangan. fikirkan bagaimana warna dinding berasimilasi dengan warna-warna perabot anda. Atau jika anda merancang untuk membawa unsur-unsur ingeris… cuba fikirkan penggunaan salah satu warna berkonsep, atau lukisan dalam keluarga yang sama Warna neutralnya dengan keadaan ruang rumah.

2. Lantai: Penyediaaan lantai kayu yang keras sangat popular sejak akhir-akhir ini. berkemungkinan besar tren ini akan bertahan lama dan ia amat-amat sesuai jika dihamparkan pada ruang makan, ruang keluarga dan bilik tidur. Selain dari lantai kayu mungkin juga anda boleh jadikan laminasi satu alternatif yang lebih murah untuk meningkatkan nilai hartanah anda. Terdapat banyak produk Laminasi di pasaran dan pastikan corak laminasi itu membawa satu makna dan tema seragam untuk konsep hiasan anda.

3. Pencahayaan: Tukar sahaja jika anda tergerak hati untuk menukar peralatan elektrik lama pada yang baru – bahkan mungkin anda boleh mempertimbangkan lampu “chandeliers” moden untuk membawa inspirasi lembut dan aman, yang penting ianya bakal membuatkan suasana makan malam menjadi selesa pada anda dan tetamu yang datang.
4. Pintu Masuk: Cipta ruang cerah, bersih dan rapi untuk jalan masuk terutamanya pintu masuk rumah anda. Buangkan barang-barang yang tidak digunakan dan gantung lampu yang cantik-cantik. Di ruang serambi mungkin anda boleh mempertimbangkan penggunaan bangku panjang, atau meja demi-lune.

5. Perbaharui perkakasan: Jika anda tidak bersemangat untuk mengubahsuai, cukup hanya mengambil salah satu ruang di bilik mandi dan gantikan alatan lama, pada alatan-alatan baru sudah memadai. Stainless steel adalah pilihan yang sangat popular, dan mudah disuaikan dengan banyak gaya dan warna Almari.

6. Mengawal tarikan : Jangan meninggalkan aspek penting ini pada hartanah anda tanpa dijaga. Ini adalah satu kaedah seni menarik perhatian bakal pembeli ke rumah anda. Caranya dengan memiliki halaman rumput hijau yang bersih dan telah dipotong dengan rapi. Taman anda harus bebas daripada “haiwan mati” atau sisa-sisa makanan dan sesuatu yang ideal pada rumah itu adalah dengan memiliki beberapa tumbuhan yang ditanam dengan warna yang pelbagai dan sedap mata memandang.

7. Waktu Peribadi: Ini bererti waktu privasi. Pemasangan pagar yang cantik bakal memberikan satu suasana persendirian yang pasti dapat meningkatkan nilai hartnah anda. Dinding batu rendah yang berukiran seni juga adalah cara yang baik bagi menghasilkan garis pemisah yang unik diantara rumah anda dengan jiran-jiran.

8. Bilik Mandi utama: Walaupun kebanyakkan rumah lama mempunyai 2 bilik mandi di tingkat dua, Jangan lupa bilik air dibawah juga penting. Kerana pengubah suaian pada bilik mandi dibawah bakal menunjukkan yang anda benar-benar menjagai hartanah ini sebainya, lagi pun ia juga mempamirkan tanggapan pertama yang baik pada hartanah anda. Tidak perlu menukar segala-galanya mungkin boleh mengambil salah satu atau kombinasi satu atau dua diantara lantai bilik, atau sinki dengan meja-top atau almari ke bilik mandi.

9. Suite Hotel: Semakin banyak yang anda lakukan makin menjadi keghairahan pembeli. Bina bilik mandi dari bilik tidur utama dengan sentuhan suasana istimewa seperti spa yang menyediakan perkhidmatan sempurna dan ternyata ia mampu menarik pembeli. Fikirkan tab jet, jubin lantai panas, batu granit, marbel, tuala putih mewah dan satu almari simpanan yang besar. kenapa besar? lagi besar lagi besarlah kesannya pada pembeli nanti.

10. Dapur baru: Terakhir tetapi amat penting adalah pengubahsuaian dapur. Kelengakapan yang paling disukai kebiasaanya adalah kaunter top batu, alat-alatan stainless steel, barang ceramik, dan semua bentuk nada neutral ke Warna bumi amat sesuai untuk diperhiaskan disini.

Didalam pengubahsuaian, anda perlu bersikap positif, dan tidak terlalu mengikut perasaan ingin mencari keuntungan berlipa kali ganda dengan pengubahsuaian. Artikel ini ditulis sebagai satu rujukan dan cadangan untuk penjual hartanah. Kerana kebiasaan hartanah yang dijual adalah rumah tinggal. Kenapa saya kata rumah tinggal? kerana kebanyakkan rumah-rumah yang ingin dijual ditidak dibaik pulih. Sebab itu lah sesetengah hartanah yang terletak dilokasi terbaik tetapi tidak dapat dijual dengan harga semasa.

Kerana apa? kerana mereka menjual hartanah yang mereka sudah tidak perlukan dan boleh dikatakan “rumah tinggal”. Sebaik-baiknya jika anda ingin menjual rumah atau mana-mana hartanah jual lah semasa anda menyukainya. Bukan hanya semasa membeli rumah anda inginkan kualiti dari pemaju, semasa anda memiliki dan ingin menjualnya juga adalah satu tanggungjawab untuk bakal pembeli.

Semoga berjaya pelabur semua…


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: