Tips bersederhana

10 09 2009

Sumber:usahawan-in-me.blogspot.com/2009/09/kesederhanaan-apa-yang-kamu-cari.html
10 cadangan saya untuk model bersederhana ialah:

1. Pendapatan saya mestilah cukup untuk membayar rumah tempat saya tinggal, sebuah atau dua buah kereta, bil-bil utiliti. Malah terdapat baki 10%-20% untuk saya simpan daripada keseluruhan pendapatan untuk tujuan hari tua dan kecemasan. Yang paling penting saya tak perlu meminta-minta.

2. Saya mempunyai simpanan pendidikan untuk anak-anak saya

3. Saya mempunyai insuran/takaful perubatan untuk saya dan keluarga

4. Saya mempunyai simpanan tunai kecemasan sebanyak RM 50,000.

5. Saya mempunyai simpanan RM 100,000 di dalam bentuk pelaburan di tabung-tabung amanah.

6. Saya mempunyai dua buah hartanah berbentuk rumah yang disewa tidak termasuk rumah yang saya duduk.

7. Saya mempunyai simpanan KWSP/simpanan hari tua yang berjumlah RM 1,000,000 sebaik sahaja saya bersara pada umur 60 tahun yang boleh menjana pendapatan pasif RM 8,000 sebulan selepas bersara supaya saya tak perlu memohon bantuan kewangan daripada anak-anak saya.

8. Saya mengerjakan haji pada umur 45 tahun atau lebih awal. Saya dan isteri melaksanakan umrah setiap 3 tahun jika umur kami panjang.

9. Selepas bersara, dengan wang simpanan saya, saya boleh memberi pinjaman pendahuluan 20% untuk anak-anak saya membeli kereta atau rumah supaya mereka tidak perlu membuat pinjaman persendirian yang dikhuatiri berunsur riba. Saya boleh memberi pinjaman kepada mereka wang saya sekiranya mereka tiada duit tetapi mahu berkahwin tanpa mereka perlu membuat pinjaman persendirian di bank-bank.

10. Saya boleh membayar zakat pendapatan tanpa gagal

so, mcm mana kesederhanaan yang kita cari?

fikir-fikirlah…..


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: