Mengapa beli hartanah dengan pemandangan

29 09 2009

Sumber:www.drumah.com/mengapa-beli-hartanah-dengan-pemandangan/622.html
Dari artikel-artikel yang lalu, kita telah banyak belajar tentang beberapa ciri penting semasa membeli hartanah. Kali ini saya akan berkongsi satu pendapat mengenai topik ” Mengapa beli hartanah dengan pemandangan”.

Semasa kita membeli-belah dengan hasrat untuk mencari satu rumah yang ideal bagi diri dan keluarga… pasti anda berjumpa dengan beberapa hot-spot menarik minat anda. Mungkin anda memilih hartanah ini kerana pegangkutan awam menjadi kreteria utama dan memudahkan. Ada pula yang mementingkan lokasi strategik yang berdekatan sekolah, panggung wayang bagi kaki wayang… dan kedai 24jam agar memudahkan mereka membeli rokok pada waktu malam.

Terpulang kepada keperluan… kadang kala kita juga boleh tergelak sorang-sorang apabila terkenangkan apakah faktor utama semasa kita mebeli hartanah pada waktu tu. Secara mitosnya… ramai yang berfikir yang mana saya membeli hartanah melabur, saya tidak perlu memikir potensi pemandangan hartanah saya.

Jika anda bukan membeli hartanah untuk tujuan pelaburan, sebenarnya anda salah. Anda membeli hartanah walau apa pun alasannya sebenarnya anda sedang melabur. Kita pecahkan perbincangan ini kepada 2 jenis pembeli hartanah kediaman;

1. Beli untuk tinggal disana
Jika anda membeli hartanah dengan tujuan untuk tinggal disana… adalah baik anda membeli dengan mengambil berat akan pemandangan dan suasana sekitar hartanah. Mungkin ada diantara kita yang berminat untuk memilih suasana dan pandangan menghadap bukit agar sentiasa berasa didalam keadaan suasa tropika ala-ala kampung. Jadi secara zahirnya anda melabur untuk ketenangan jiwa. Anda membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan ketenangan yang diidamai. Disini kita dapat simpulkan yang apa jua keputusan anda… anda melabur untuknya.

2. Beli untuk melabur
Ada diantara kita disini yang membeli hartanah dengan tujuan pelaburan. harapanya memalui pelaburan ini dapatlah mereka memperolehi keuntungan. Didalam konsep pelaburan hartanah, walau apa jua jenis hartanah yang anda rancang dan sedang usahakan… pokok utama didalam pelaburan hartanah adalalah “kuasa pegangan”.

Berapa lama anda ingin memiliki hartanah itu? 5 tahun? 8 tahun? 15 tahun? anda yang perlu rancang. Tetapi ramai yang melabur tanpa memikirkan kekuatan hartanah itu.

Untuk kali ini anda harus menjadi “Risk Managemant Officer” yang perlu mempetimbangkan risiko semasa anda mengambil keputusan membeli sesuatu hartanah. Memang mengikut mana-mana guru hartanah mereka akan mencadangkan anda membeli jenis bertanah dan unit tepi. Tetapi bukan semua orang mampu untuk membeli hartanah bertanah dan unit tepi. Sudah tentu pemaju perumahan juga tidak mampu untuk membuat banyak rumah tepi yang mempunyai tanah yang luas. Dan sudah pasti harga rumah-rumah jenis ini amat mahal dan sekali ganda dari unit tengah.

Pada mereka yang tidak mampu jangan pula berputus asa. Carilah kekuatan rumah anda. Dengan pemerhatian yang baik dan tajam, pasti anda dapat menilai kekuatan hartanah anda. Sebagai contoh; mungkin hartanah anda berdekatan dengan padang permainan, atau berdekatan dengan pusat kesihatan? Dari situ anda sudah mampu menggunakan sumber kekuatan anda semasa memilih hartanah.

Mengapa saya cadangkan anda memilih hartanah mengikut pemandangan? Dari isi nombor satu yang saya terangkan diatas, tidak kiralah anda membeli hartanah untuk tujuan pelaburan atau untuk tinggal disana adalah lokasi. Mungkin sebelum ini anda hanya memikirkan lokasi seperti “USJ, Damansara, bangsar, Subang Jaya, atau Kelana jaya sebagai satu lokasi yang menarik.

Dari sudut yang lain, pemilihan lokasi hartanah tidak habis setakat itu. Pemilihan yang lain dan penting adalah faktor pemandangan. Tidak kiralah anda membeli untuk melabur atau sebaliknya… Semasa didalam rancangan pelaburan, bukan setakat berusaha mencari harga yang terbaik tetapi host-spot yang memudahkan dan cantik adalah satu perkara yang penting.

Mungkin tiba masanya anda mengambil keputusan melabur didalam hartanah dengan pemandangan mengnal pasti kekuatan hartanah anda dahulu kerana? Jika lokasi anda itu menarik minat anda, sudah pasti seseorang didalam dunia ini mempunyai citarasa seperti anda… tetapi jika citarasa anda lain dari yang lain, itu amat bahaya.

Bukan semata-mata anda membeli hartanah dikawasan popular seperti USJ atau Bandar Utama menjadi kepentingan (kalau dapat apasalahnya), tetapi sebenarnya banyak lagi faktor-faktor lain yang akan mempengaruhi nilai hartanah anda. Tetapi harus diingati jika anda ingin melabur didalam hartanah dengan meletakkan suasana dan pemandangan sebagai faktor utama anda perlu berhati-hati, jika tidak anda tidak akan dapat kembali wang anda.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: