Takaful Made Sempoi

13 01 2010

1) Jom masuk takaful: kenapa perlu sertai pelan takaful?
2) Yang mana satu? : Mulakan dengan keperluan anda
3) Apa yang saya boleh dapat dengan RM saya?
4) Senarai Syarikat Pengendali Takaful di Malaysia
5) Perbezaan Istilah dan konsep Insuran dan Takaful

————————————————————————————–
1) Jom masuk takaful: kenapa perlu sertai pelan takaful?

Perlindungan , perlindungan dan perlindungan: Ini adalah sebab yang paling utama. Malang tidak berbau. Semestinya kita berusaha untuk mengurangkan risko sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Sedikit pelaburan bulanan, mungkin
dapat meringankan beban kepada diri, isteri dan keluarga. Siapa tahu bila kita akan sakit atau ditimpa kemalangan. Hanya Allah yang tahu.

Berdasarkan konsep “saling menjamin”, para peserta (termasuk anda) sama-sama menyumbang di dalam tabungan takaful yang akan digunakan apabila ada peserta yang memerlukan. Manfaat yang diberi berdasarkan pelan yang disertai dan jumlah sumbangan – seperti yang dipersetujui di dalam kontrak masing-masing.

Pelaburan: Sebahagian daripada caruman anda juga akan digunakan untuk pelaburan jangka panjang i.e. paling baik lebih dari 7 tahun. Apabila sijil takaful anda matang,anda akan menerima tabungan pelaburan (dapat balik sebahagian duit sumbangan bulanan anda, terkumpul!) DAN juga pulangan pelaburan (compounded return) selama tempoh sijil. Banyak jugak tu!

Perkongsian lebihan dana (surplus): Sekiranya ada lebihan dari dana Takaful, para peserta akan berkongsi lebihan ini, setelah ditolak bahagian syarikat takaful (kadar pembahagian selalunya 50:50).

2) Yang mana satu? : Mulakan dengan keperluan anda
Di Malaysia ada berpuluh-puluh pelan Takaful yang dikendalikan oleh lapan syarikat. Bagaimana kita nak pilih?

Pertama sekali, pastikan anda tahu keperluan hidup anda (dan keluarga).

Yang bujang, mungkin perlu perlindungan sekiranya sakit dan tidak boleh bekerja.
Yang tiada “company benefit” perlukan pelan rawatan di hospital-hospital swasta (kecuali anda mahu menunggu di hospital kerajaan).
Yang berkeluarga, perlukan perlindungan “lumpsum” sekiranya anda mati @ kemalangan @ kecacatan.
Mungkin juga, anda hanya perlukan pelan takaful untuk simpanan dan rawatan ketika bersara nanti.

Pastinya, setiap orang pasti memerlukan pelan PERLINDUNGAN yang tersendiri di setiap fasa kehidupan – muda, tua, bujang, beranak-pinak dan berharta.

Jadi, anda boleh pilih dan rancang perlindungan yang anda (dan keluarga) PERLUKAN:-
– perlindungan diri (kematian & kemalangan)
– kesihatan dan rawatan (penyakit kritikal & keilatan kekal)
– simpanan hari tua
– simpanan pendidikan anak-anak
– kereta
– rumah dan lain-lain

Dapatkan nasihat agen yang baik dan belajar dari rakan-rakan @ keluarga yang dah ada. Baca blog-blog yang neutral (i.e. bukan dari mana-mana agen syarikat) dan bawa berbincang.

Mulakan seawal mungkin i.e. sekarang!!! Biar sedikit kerana nanti anda boleh tambah @ upgrade pelan takaful.

“Sikit-sikit lama-lama jadi bukit”, kata orang tua-tua🙂 .

3. Apa yang saya boleh dapat dengan RM saya?

Hanya RM10.60 untuk setiap RM10,000 jumlah perlindungan yang diperlukan di bawah pelan HSBC Amanah Homeowner Takaful.

RM20 setahun, manfaat RM14,000 di bawah Takaful Berkumpulan, Takaful Barakah (Perlu menjadi ahli Bank Persatuan)

RM100 sebulan, manfaat sehingga RM60,000 dan perlindungan rawatan (Kad Perubatan Takaful MediAssist) selama 22 tahun – Takafulink Cerdik PruBSN

RM200 sebulan, manfaat kematian sehingga RM154,000 atau simpanan terkumpul sebanyak RM54,000 – Takaful Mesra Etiqa (20 tahun)

RM300 sebulan, manfaat kematian sehingga RM350,000 – Takaful Mesra Etiqa (20 tahun)

RM494 setahun ( RM41 sebulan), anda boleh mendapat pelan perlindungan Personal Accident sehingga RM1,000,000 dari TuneMoney.com

4. Senarai Syarikat Pengendali Takaful di Malaysia

1. CIMB Aviva Takaful Berhad – http://www.cimbaviva.com/takaful.html
2. Etiqa Takaful Berhad – http://www.etiqa.com.my/index.php?ch=takaful&tpt=4
3. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad – http://www.hltmt.com.my
4. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd – http://www.takaful.hsbcamanah.com.my
5. MAA Takaful Berhad – http://www.maatakaful.com
6. Prudential BSN Takaful Berhad – http://www.prubsn.com.my
7. Syarikat Takaful Malaysia Berhad – http://www.takaful-malaysia.com
8. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. – http://www.takaful-ikhlas.com.my
9. Tunemoney – http://www.tunemoney.com

5. Perbezaan Istilah dan konsep antara Insuran dan Takaful
Nota: Saya gunakan English kerana kebanyakan kontrak Takaful akan guna-pakai English sebagai bahasa utama.

DARI: KEPADA:
Life Insurance Family Takaful (Takaful keluarga)
Policy Certificate (Sijil)
Premium Contribution (Sumbangan)
Life Assured / Insured Person Covered
Assured Participant (Peserta)
Policyholder Certificate Owner
Sum Assured Sum Covered (Manfaat)
Insurance Charge/Fee Tabarru’ (Derma)
Payor Contributor
Coinsurance Cotakaful
Life Proposed Person Proposed
Premium-Redirection Contribution-Redirection
Policy Document Certificate Document
First Premium Receipt First Contribution Receipt
Premium Notice Contribution Notice
Life Assurance Premium Certificate Family Takaful Contribution Certificate

» Akhir kata untuk kali ini:-

Bersedia sekarang ketika anda SIHAT, SENANG DAN STABIL.
PILIHAN di tangan anda: “Susah-susah dahulu sertai takaful, bersenang-senang kemudian”.

Semoga berjumpa lagi dengan “Takaful Made Sempoi© 2″.
Ikhlas dari,
-Ayah.biz-

Sumber:http://janganterlepaspandang.wordpress.com/2008/11/23/takaful-made-sempoi/


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: