FCPO-Info 2

22 01 2010

1. Underlying assets
Perdagangan kontrak hadapan CPO adalah disandarkan dengan aset komoditi sebenar, iaitu kelapa sawit mentah. Malaysia adalah pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia.

2. Leverage
Leverage dalam CPO sudah ditetapkan oleh Bursa Malaysia. 1 tick = RM 25. Tiada pilihan leverage yang lain.

3. Two ways market
Keuntungan boleh dibuat semasa pasaran menaik mahupun menurun sama seperti pasaran matawang.

4. Masa
Tidak seperti pasaran matawang, pasaran CPO hanya dibuka pada jam 10:30 pagi – 12:30 tengah hari. Sebelum bersambung pada sesi petang dari jam 3:00 petang – 6:00 petang pada hari bekerja Malaysia.

5. Broker
Semua broker perlu berdaftar dengan Bursa Malaysia / Suruhanjaya Sekuriti dan anda sebagai pelabur dilindung oleh undang-undang. Sila rujuk senarai broker yang disahkan oleh Bursa Malaysia untuk mengelakkan anda terlibat dengan urusniaga yang tidak sah.

Urusniaga masih memerlukan anda menelefon FBR / dealer yang mewakili syarikat broker anda.

6. Real Time Monitoring
Anda perlu membayar sewa kepada pengeluar data CPO yang disahkan untuk monitor harga secara real time charting, tetapi real time price quotes telah banyak disediakan secara percuma oleh syarikat broker.

Dalam bengkel yang akan diadakan nanti, anda akan diajar kaedah monitoring secara manual tanpa menggunakan sebarang software.

7. Deposit Margin
Kira-kira 2 tahun dulu, deposit margin yang diperlukan hanyalah sekitar RM 1,000. Tetapi kadar deposit margin telah dinaikkan sehingga RM 5,700. (Ia berubah-ubah mengikut market volatility) Justeru, anda memerlukan RM 3,000 – RM 5,000 untuk terlibat dalam dagangan secara intra-day (bergantung kepada syarikat broker) dan antara RM 5,000-10,000 untuk position trading.

8. Fundamental & Technical Knowledge
Sekiranya anda sudah mempunyai pengetahuan asas technical analysis, maka anda boleh memulakan urusniaga dalam pasaran CPO.

Dan sekiranya anda terlibat dalam industri kelapa sawit secara langsung dan tidak langsung (seperti anda adalah anak FELDA, pekebun kecil kelapa sawit) maka anda mempunyai maklumat fundamental yang lebih baik dari orang biasa.

9. Syariah Compliance
FCPO telah disahkan produk patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.


Actions

Information

One response

1 01 2011
Dr Fatir

Betul ke FCPO telah disahkan patuh syariah? Boleh kemukakan bukti?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: