FCPO-Kisah uncle Dodi 3

11 03 2010

Sumber:http://www.rumah.net/2010/01/28/fcpo-trading/#comment-623
Penulis:Dodi
Date:January 28th, 2010
Aku nak cerita sikit pasal investment portfolio yang aku tengah dok experiment sekarang. Actually bermula tahun lepas lagi aku dah main benda alah ni. Cuma tak serius sangat, sebab tak cukup pengetahuan dan pengalaman untuk trade.

Investment ni dipanggil Futures Crude Palm Oil (FCPO), pasaran hadapan minyak sawit mentah. Kalau korang refer posting aku pasal “Kisah Sawit Dulu dan Sekarang” ada aku cerita serba sikit camne aku boleh “terjebak” dalam investment ni. Investment FCPO ni adalah syariah compliance menurut Security Commission (SC) Malaysia. So, boleh trade tanpa was-was. Biasanya, kita yang beginner ni kena masuk kelas belajar tentang asas FCPO (atau disebut juga CPO). Dari situ, kita akan didedahkan dengan cara memahami simbol, indicator, graf, analisa teknikal dan fundamental, juga do’s and don’ts as a trader.

Aku fikir, kelas asas FCPO ni is a must! bagi yang nak berjinak-jinak dalam FCPO trading ni. Kalau tak, mungkin bahaya untuk anda yang masuk tanpa pengetahuan yang mencukupi. Bukan apa, FCPO ni antara high risk investment. Boleh untung, dah boleh juga rugi. Zero sum game. Tak menjanjikan keuntungan yang pasti, malah boleh meleburkan kesemua modal kita sekelip mata kalau silap hari bulan.

Dia bukan sama macam beli saham di stok market biasa, kita beli masa saham murah dan jual balik bila harga saham tu dah naik. Berbeza. Kalau yang suka main Forex, asas dia hampir sama. Tapi aku tak pernah main Forex, so aku takleh bagi ulasan lebih tentang persamaan dan perbezaan antara kedua-dua instrumen pelaburan ni.

Siapa yang anjur kelas asas belajar FCPO?. Kawan-kawan kita jugak. Antara yang aku sendiri rekemen ialah sifu Putra (Nazman). Dia yang ajar dan introduce aku pada FCPO ni dulu. Thanks a lot bro. Jasamu dikenang. Selain dari tu, ada lah lagi beberapa kawan-kawan lain yang dah lama main FCPO yang boleh ajar kita once dah ada asas.

Modal permulaan untuk 1 lot sekarang ni dalam RM5,500 (nilai ni berubah-rubah dan ditentukan oleh Bursa Derivatif Malaysia – MDEX). Lepas tu, elok juga kita top-up lebih sikit untuk prepare “buffer” for margin call, let say dalam RM1,500 gitu. Lepas tu bolehlah kita pilih Future Broker Representative (FBR) yang akan tradekan order kita nanti. Buat masa ni, kita takleh trade sendiri guna real-time software macam Bursa Malaysia, maybe in future kot. Software yang ada hanya untuk kita tengok graf dan indicators, so, setiap kali kita nak buat order, kena call FBR kita.

FCPO ni aku fikir sesuai kalau kita ada lebihan duit yang kita sanggup hilang (the money that you willing to lose). Bukan maksud dia kita tak sayang duit, tapi duit yang kita sanggup laburkan untuk belajar teknik-teknik trading sampai pandai dan cekap. Objektif ni penting untuk kita minimakan risiko kerugian bila kita ingin menambah lot-lot pegangan dalam trading akan datang. Seandainya kita kekurangan modal, lebih baik fokus pada portfolio pelaburan lain yang lebih kurang risiko dan boleh dijangka pergerakannya. Saham dan stock market ni untuk mereka yang ready dari mental dan kewangan sahaja.

Yang paling mencabar sekali bila trade FCPO ni masa kita nak park order. Kita tak boleh predict apa akan jadi dengan pasaran waktu kita nak masuk. Hanya petunjuk-petunjuk (indicators), fundamental news, dan analisa teknikal (TA) yang dapat membantu sedikit sebanyak untuk kita buat keputusan. Semua ni akan ambik masa untuk seseorang tu benar-benar mahir membaca indicators dan memasuki pasaran pada masa yang tepat. Proses ni juga dipanggil “back test” atau “paper trade”. Bila kita dah serasi dengan indicator-indicator yang dapat memberikan keputusan yang paling baik, barulah mudah untuk kita mengharungi cabaran investment FCPO.

Kemahiran membaca graf (chart), menggunakan indicators dan mengagak pergerakan pasaran dapat membantu kita dalam membuat order yang tepat. Disamping tu, jangan bersikap tamak haloba bila nak kaut untung. Just set berapa profit margin yang kita nak, once triggered, keluar dari market.yang paling kita takuti ialah market tidak seiring dengan petunjuk yang kita gunakan. Di sini kita kena set “cut loss” untuk minimakan risiko kerugian. Tak guna melawan trend pasaran, semata-mata “percaya” market akan kembali berubah mengikut prediction kita. Sebab tu orang sakit jantung, lemah semangat dan hypertension tak dinasihatkan main FCPO hehehehehe..

Disiplin trading ni kita kena develop seiring dengan emosi dan keupayaan berfikir secara waras. Kalau ada sifat geram, nak balas dendam dan tertekan, lebih baik kita tunggu sampai semua tu reda dulu sebelum masuk kembali membuat trade. Market bukan buka sehari je, tak best hari ni, esok masih ada. Yang penting modal kita yang diperuntukkan untuk trading masih ada. Kalau habis modal tu, maknanya kita kena masuk kelas balik atau bincang dengan kawan-kawan di mana silapnya teknik yang kita guna pakai. Jangan malas untuk belajar dan perbaiki kesilapan.

Bestnya pasal FCPO ni, kalau kita dah pandai dan cekap dengan teknik-teknik yang dipelajari, dengan 1 lot sahaja, kita mampu untuk jana pulangan yang memberangsangkan. 1 point dalam FCPO bersamaan RM25.00. Jika kita berjaya mendapat untung sebanyak 4 points sehari, bermaksud RM100 telah kita perolehi. Perlu diingat, komisen FBR perlu ditolak dari jumlah keuntungan tersebut (komisen berbeza-beza antara FBR, antara RM25~RM50, bergantung). Jadi anda boleh congak sendiri berapa target untuk dicapai sebulan dari portfolio pelaburan ini.

Cuba tengok graf kat bawah ni, inilah antara perkara-perkara yang kita kena perhatikan setiap kali sesi bermula. Bukan mudah seperti yang disangka. Semuanya memerlukan pengetahuan, pemerhatian, fikiran yang tajam dan gerak naluri (instinct) yang tepat. Pendek kata, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Takut nanti tenggelam tak jumpa kubur….eeeeiiiiii… mintak dijauhkanlah🙂

So far, aku masih dalam posisi loss!. Untung sekali-sekala, loss berkali-kali kala…heheheh.. Tapi aku dah setkan 1 lot yang aku gunakan ialah “kos belajar”. Kalau nak dapat sesuatu yang “mahal”, kenalah melabur sikit. Kalau dapat gandakan untung jdi 1 lot lagi, aku dah happy. Kita tengoklah macam mana. Kot2 aku dah serik asyik loss saja, mau aku “puasa” dulu atau masuk sekolah FCPO semula untuk belajar lagi sekali hehehe..


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: