Cerita Bank Persatuan

5 04 2010

Petikan 2010/03/18, MyMetro,
Bank Persatuan buka lebih banyak cawangan

BANK Persatuan Malaysia Berhad (Bank Persatuan) yang bakal dinaikkan taraf daripada koperasi kredit kepada bank koperasi akhir tahun ini, bercadang membuka cawangan baru sebagai tambahan kepada 13 cawangan sedia ada.
Cawangan baru dicadangkan itu termasuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menjadi hab sektor perbankan di negara ini. Antara cawangan sedia ada bank itu termasuk di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Selangor serta Kuantan, Pahang.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Darus berkata, Bank Persatuan kini dalam proses merangka dan meningkatkan aktiviti di setiap cawangan selain menyelesaikan proses pengauditan kedudukan kewangan bagi memastikan modal berbayar mencukupi sebagai syarat untuk dinaikkan taraf sebagai bank koperasi oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau berkata, bank itu juga berhasrat menjadi bank koperasi kedua di negara ini selepas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat).

Menurutnya, segala syarat diperlukan termasuk modal berbayar RM300 juta yang ditetapkan BNM sebelum dinaikkan taraf dijangka dapat dipenuhi menjelang akhir tahun ini.

Bank Persatuan adalah koperasi yang ditubuhkan mengikut Akta Koperasi 1983 dan didaftarkan pada 1950.

Sehubungan itu, beliau berkata, Bank Persatuan bakal mencipta sejarah dalam industri bank di negara ini apabila dinaikkan taraf dalam tempoh berkenaan.

Menurutnya, memang menjadi sasaran pihak pengurusan Bank Persatuan untuk menjadikan institusi itu sebagai bank koperasi kedua dalam tempoh berkenaan.

Katanya, Bank Persatuan kini mempelbagaikan kemudahan kepada pelanggan yang berurusan di setiap cawangan termasuk menyediakan kemudahan pembiayaan berlandaskan prinsip syariah.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: