Susahnya Duit Hendak Habis…

5 04 2010

Sumber:http://www.shamsuddinkadir.com/v2009/
Banyak individu yang memberi maklum balas selepas membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, yang pelik iaitu, mereka komplen bahawa duit mereka semakin susah untuk habis.

Mereka memaklumkan, sebelum ini, duit mereka tidak cukup dan hutang keliling pinggang. Mereka membeli dan membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, bagi mendapat nikmat Tenang dengan membebaskan diri dari menangung hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin.

Selepas beberapa bulan mempratikkan apa yang terdapat dalam buku tersebut, mereka tidak berpuas hati, kerana setiap bulan duit mereka tidak habis… Mereka pelik kenapa sebelum ini tidak cukup, tetapi selepas membelanjakan RM 20 bagi membeli buku itu, duit mereka bertambah banyak pada setiap bulan. Bukan kerana gaji meningkat tetapi bebanan ansuran hutang dan belanja yang tidak perlu semakin berkurangan sebelum ghaib.

Sebenarnya bukan buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang sahaja yang membantu kita rasa seronok dengan hidup, buku-buku agama yang sederhana tinggi di tulis oleh ustaz dan ulama yang berkualiti tinggi lebih jauh dapat membuatkan kita seronok untuk tidak membelanjakan duit bagi membeli barangan supaya dilihat oleh orang lain.

Antara contohnya :

Peti sejuk besar lebih dari keperluan yang akhirnya meningkatkan belanja elektrik setiap bulan.
Apabila beli TV ‘flat screen’ yang mencecah ribuan ringgit – Silap haribulan beli secara hutang
Mesin basuh yang lebih muatan sampai 10kg bilangan anak pun belum ada
Melanggan saluran berbayar untuk ‘movie’ dan hiburan, di mana waktu-waktu dibelanjakan bagi menontonnya. Berapa jam sudah kita menonton movie, dan berapa banyak duit ataupun ilmu berkualiti yang sudah memberi manfaat kepada kita dengan menontonnya.
Playstation – bertapa banyaknya waktu yang kosong dalam hidup untuk dibelanjakan bagi bermain-bermain dengan permainan maya ini.
Hiasan dalam rumah yang berpunca dari majalah yang berjaya membantu kita menambah hutang ataupun berbelanja sehingga duit poket bertambah kosong.
Aksesori kereta
dan lain-lain.
Membaca buku-buku yang berkualiti membantu kita supaya tidak berbelanja melebihi dari had yang ditetapkan oleh Allah untuk diri kita, supaya di akhirat kelak kita diberi manfaat oleh Allah untuk ditempatkan di dalam Syurga. Amin.


Actions

Information

2 responses

4 06 2010
Anonymous

setuju

4 06 2010
PG

Yer Tuan `Anonymous`..bagus artikel ni dari Tuan SK.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: