Baca Buku Otak Kanan

6 04 2010

Sumber:http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/2010/01/alhamdulillah-akhirnya-dapat-juga.html
Alhamdulillah akhirnya dapat juga program baca buku otak kanan ini dilancarkan pada tahun ini setelah lama dikupas. Saya pernah menulis perihal otak kanan dua tahun yang lepas dan ketika itu respon yang saya terima amat memberansangkan. Namun keterbatasan waktu dalam melaksanakan program telah membuatkan program ini disimpan buat seketika. Kita perhatikan dalam kehidupan kita seharian, majoriti dari kita akan menggunakan bahagian kanan dalam memulakan sesuatu kerja. Kita makan menggunakan tangan kanan, kita minum menggunakan tangan kanan, ramai diantara kita yang menulis menggunakan tangan kanan namun anehnya hal ini tidak pula terjadi dalam bentuk pemikiran serta pembacaan.

Dalam membaca kita sering memulakan pembacaan dengan otak kiri. Hasilnya… kita lupa apa yang kita baca, kita juga penat membaca, kita memaksa untuk memahami apa yang kita baca. Maka kesimpulan paling mudah adalah kita mungkin tidaktahu apa yang kita baca dan membaca dengan kadar yang cukup perlahan. Ini sebeanrnya bukan masalah anak-anak kita sahaja tetapi juga masalah orang dewasa. Jika kita melakukan hal ini secara berterusan maka kita akan mengalami keletihan minda yang amat sangat dan ianya akan memacu kepada tekanan tersirat. Tekanan sudah dibuktikan secara medikal membawa kepada 80% penyakit yang ada di dunia ini.

Penyakit paling mudah untuk kita lihat dalam diri kita adalah emosi yang kerap kali saya panggil emosi murahan. Apabila emosi menguasai diri maka apa juga yang kita lakukan akan berkurangan kualitinya bahkan yang lebih teruk lagi kita tidak mampu mengimbangi rasionaliti kita. Jika anak-anak kita sudah mula bosan dengan buku, kita perlulah menyelidikinya alasan yang membentuk sikap sebegitu. Justeru itu dalam program baca buku otak kanan (BBOK) perkara asas yang perlu dilakukan ialah membentuk sikap baru yang mencintai buku. Jika seseorang itu benci melihat buku, benci mendengar ilmu pengetahuan, kemahiran apa pun akan luntur kerana kuasa benci itu tadi. Maka langkah paling awal adalah menukar sikap benci buku ini kepada mencintai buku dan sikap benci ilmu kepada dahagakan ilmu.

Hari ini pelbagai motivasi dilakukan kepada anak-anak kita namun anak-anak kita masih lagi melihat buku dan hal keilmuan sebagai satu yang membebankan. Mengapa ini terjadi? Saya melihatnya dari sudut pandangan minda supersedar yag mana sesuatu yang buruk itu harus dicantas habis habisan barulah sesuatu yang baru itu ditanam. Jika anak-anak ini masih mempunyai sikap kebencian, mana mungkin mereka menerimanya dengan mudah tanpa ada penentangan. Oleh itu, sebelum menyemai sikap baru, kikis sehabisnya sikap lama. Dalam BBOK, akar sikap lama akan dibuang dan sesudah itu barulah seni membaca itu diberikan. Setiap perkara itu ada seninya, seorang tukang masak tahu seni memasak dan mungkin ramai yang ingin menjadi tukang masak tetapi tidak dapat sepertimana yang diidamkan.

Hal ini terjadi kerana setiap manusia memmpunyai seni masing-masing namun setiap dari kita mempunyai satu seni yang sama iaitu seni membaca dan seni mengutip ilmu pengetahuan. Meskipun begitu, ramai diantara kita yang memandang enteng akan perkara ini kerana bagi kita membaca hanya sekadar membaca. Jika seorang tukang masak hanya tahu memasak tetapi tidak tahu seninya maka jadilah dia tukang masak yang hanya tahu memasak apa yang disuruh, apa yang diajar dan tidak tahu pula mengembangkannya. Keadaan ini sudah berlaku dalam masyarakat kita bilamana pelajar hanya tahu membaca untu peperiksaan, mereka menghafal jawapan dan apabila tiba masanya untuk digunapakai dalam kehidupan seharian mereka akan hilang arah. Keadaan ini jelas memperlihatkan kualiti kita dalam pembelajaran tetapi yang sering kita salahkan ialah sukatan pelajaran.

Oleh itu marilah kita mulakan langkah baru dalam menyemai ilmu pengetahuan dan dalam membentuk sikap cintakan buku dan dahagakan ilmu. Marilah kita menukar teknik pembacaan yang sudah sekian lama kita gunakan kepada seni membaca. Mengapa seni bukan teknik? Teknik lebih melibatkan struktur pembacaan dan ianya hanya untuk mendapatkan ilmu tetapi malangnya dari segi pengembangan ilmu, kadarnya begitu perlahan kerana mereka terikat hanya dengan apa yang dibaca, bahasa yang sering kita gunapakai… jadi orang skema. Seni pula melibatkan perasaan maka mereka akan membaca hasil dari rindunya pada buku mereka akan menganalisa hasil dari cintanya terhadap ilmu.

Setiap hari akan ada perkara baru yang dikembangkan hasil dari rangsangan pembacaan yang kita lakukan. Marilah kita mulakan kembali kehidupan dengan seni membaca yang betul, jika selama ini kita menggunakan otak kiri untuk membaca dan menyebabkan kita lambat untuk faham… bacalah dengan seni membaca otak kanan kerana pembacaan kita akan tersimpan lama dalam memori bawah sedar dan boleh digunapakai hingga ke akhir hayat dan bukan sekadar untuk peperiksaan. Saya tertarik dengan kata-kata bistari Albert Einstein : Any man who reads too much and uses his own brain too little falls into lazy habits of thinking.

Kita sudah pun melakukannya hari ini, banyak membaca tetapi kurang menggunakan otak akhirnya kita menjadi orang yang tidak kreatif melihat kehidupan. Ini adalah hasil pembacaan otak kiri, kita perlu membaca dengan banyak untuk menghafal ilmu. Menghafal hanya menggunakan sedikit dari otak kita kerana ianya hanya untuk disimpan. Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang BBOK untuk anak-anak dan solat otak kanan, boleh layari laman sesawang http://www.aku-ok.com. Semoga kita menjadi seniman kehidupan.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: