FCPO-Pengenalan

4 05 2010

Source:http://fcpoinvestmentgroup.webs.com/
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web ini. Laman web ini diwujudkan atas dasar ingin memberi panduan dan berkongsi maklumat mengenai urusniaga Pasaran Hadapan Minyak Sawit (FCPO).

Mungkin ramai yang tahu atau mendengar tentang FCPO, tetapi tidak ramai yang tahu secara mendalam tentang urusniaga yang dijalankan. Kami ingin mengubah persepsi orang ramai yang berpendapat urusniaga FCPO ini adalah sukar dan berisiko tinggi.

Beberapa faktor yang perlu ada dalam diri seseorang trader sebelum menjalankan urusniaga. Antaranya adalah ilmu, kesabaran, modal yang mencukupi serta sanggup menanggung risiko kerugian. Sekiranya trader mempunyai faktor – faktor ini, kami yakin urusniaga FCPO boleh memberikan pendapatan yang amat lumayan.

Pasaran Hadapan

Pasaran hadapan seperti yang ditulis dalam website Bursa Malaysia:
“Derivatives are financial instruments used to manage one’s exposure to today’s volatile markets. A derivative product’s value depends upon and is derived from an underlying instrument, such as commodity prices, interest rates, indices, and share prices.”

Ini bermaksud, fungsi utama pasaran hadapan digunakan untuk pengurusan risiko (risk management) untuk mengimbangi portfolio anda. Walaupun para spekulator juga memasuki pasaran hadapan, tetapi pasaran hadapan juga adalah tempat yang penting untuk para pelabur professional mengurangkan risiko masing-masing dengan teknik tertentu.

Futures market adalah perkembangan dari spot market dan juga forward market. Untuk memudahkan kefahaman anda, ini analoginya:

Spot: Abu seorang peladang kelapa sawit. Ali pembeli buah kelapa sawit dari Abu. Ali membayar RM500 untuk setan buah kelapa sawit, dan mendapat buah kelapa sawit pada masa itu juga.

Forward: Ali pembeli / pemborong buah kelapa sawit. Samad pengilang memproses kelapa sawit. Samad memerlukan kelapa sawit sebanyak 100 tan dalam tempoh 3 bulan lagi. Jadi, Samad berjumpa dengan Ali dan menawarkan harga RM600 setan kerana bimbang kelapa sawit berkemungkinan naik menjadi RM700 setan 3 bulan lagi. Samad mahukan kelapa sawit tersebut 3 bulan lagi dan bukannya sekarang.

Ali juga menerima tawaran harga RM600 setan kerana dia juga bimbang harga akan menjadi RM500 setan 3 bulan lagi . Justeru, Ali juga bersetuju untuk menghantar 100 tan kelapa sawit 3 bulan dari sekarang dengan harga yang ditawarkan.

Futures: Abu seorang peladang kelapa sawit. Samad pengilang memproses kelapa sawit. Samad memerlukan 100 tan kelapa sawit dalam tempoh 3 bulan dari sekarang. Proses yang sama dibuat seperti forward contract di atas, tetapi kontrak itu dilakukan bukan di antara Samad dan Abu, tapi oleh pihak ketiga, yang dikenali sebagai Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia yang menentukan harga dengan berdasarkan supply dan demand, serta mempunyai data-data dan tugasan lainnya. Bursa Malaysia juga adalah pihak yang menetapkan harga – harga kelapa sawit untuk semua yang terlibat dalam sektor kelapa sawit. Bukan sekadar jual-beli antara Abu dan Samad sahaja.

Pemborong dan peladang kecil barangkali tidak menyedari kepentingan instrumen ini diwujudkan, tetapi sekiranya anda memerlukan kelapa sawit dalam kuantiti yang besar dan perniagaan anda terdedah dengan pelbagai risiko tertentu, maka pasaran hadapan akan membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

Di Malaysia, produk derivatives atau pasaran hadapan ini sudah dikendalikan oleh Bursa Malaysia sepenuhnya. Ada 9 pasaran hadapan yang wujud di Bursa Malaysia iaitu:

* KLCI (FKLI) Futures
* KLCI (OKLI) Options
* 3 Mth Month Kuala Lumpur Interbank Offered Rate interest rate (FKB3) Futures
* Crude Palm Oil (FCPO) Futures
* 3-Year Malaysian Government Securities (FMG3) Futures
* 5-Year Malaysian Government Securities (FMG5) Futures
* 10-Year Malaysian Government Securities (FMGA) Futures
* Crude Palm Kernel Oil (FPKO) Futures
* Single Stock Futures (SSFs)
* Ethylene OTC Futures Contract

Pasaran hadapan adalah instrumen kewangan yang sophisticated. Tetapi ia bukanlah terlalu sukar untuk difahami. Asalkan anda berusaha lebih sedikit maka anda akan mengetahui peluang besar yang wujud di dalamnya.

Untuk pengetahuan, website ini hanya akan memberi pengkhususan untuk urusniaga Futures Crude Palm Oil (FCPO) sahaja. Untuk urusniaga pasaran hadapan yang lain, sila rujuk laman web yang berkaitan.


Actions

Information

2 responses

5 05 2010
bahtiar

ini butul-butul tulisan yang bagus …🙂

5 05 2010
PG

Salam Bahtiar..ini bukan ana yang tulis..Ana terbaca di laman blog http://fcpoinvestmentgroup.webs.com/Ana rasa ini bagus utk kita semua share..So ana share ni blog ana ini..PG5 Mei 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: