FCPO-Pihak Berkaitan

4 05 2010

Source:http://fcpoinvestmentgroup.webs.com/pihakberkaitan.htm
Siapakah yang berurusniaga di dalam futures? Mereka ini terbahagi kepada 4 kategori utama.

1. Hedger

Mereka ini adalah dari kalangan ahli industri minyak sawit; ladang sawit, kilang sawit, pengeksport sawit dan lain-lain lagi. Mereka ini berurusniaga secara fizikal (hakiki) dalam bentuk buah sawit, minyak sawit dan lain-lain hasil sampingan lain sawit.

Jika sekarang (Julai 2008), peladang berpendapat harga sawit akan jatuh pada 6 bulan lagi, mereka akan menjual FCPO (contohnya pada 2500) bagi kontrak Januari 2009. Dengan itu apabila hasil sawit dituai bulan Januari 2009 dan harga benar-benar jatuh ke 2200, peladang ini akan membuat penghantaran fizikal kepada pembeli melalui Bursa (apabila kontrak FCPO yang dijualnya matang) dan harga jualannya adalah kekal pada 2500 dan bukan 2200.

Bagi pengilang, mengurangkan kesan kenaikan harga sawit boleh dilakukan dengan membeli kontrak FCPO. Pada akhir kematangan kontrak FCPO, pengilang ini akan menerima bekalan sawit daripada penjual melalui Bursa pada harga yang di belinya beberapa bulan lepas, bukan pada harga semasa sawit.

Pendek kata, FCPO bagi hedgers adalah mekanisma insuran bagi mengelakkan atau mengurangkan kesan daripada pergerakan turun naik harga sawit di pasaran fizikal.

2. Retailer (Spekulator dan Local Member)

Mereka ini adalah kumpulan yang cuba mencari keuntungan daripada turun naiknya harga FCPO. Spekulator tidak melibatkan diri dalam urusniaga fizikal baik di pasaran sawit mahupun di bursa. Mereka hanya memasuki pasaran dan melengkapkan urusniaga sebelum kontrak FCPO tersebut matang.

Mereka ini tertarik dengan keupayaan futures menawarkan keuntungan dan sanggup mengambil risiko yang tertentu bagi memperolehi peluang keuntungan berkenaan.

Local Member pula adalah individu yang diberi lesen khas oleh bursa untuk berurusniaga bagi diri mereka sendiri. Local Member adalah trader yang profesional.

Walaupun spekulator dan Local Member tidak terlibat secara langsung dengan industri fizikal sawit, mereka adalah golongan yang menyumbangkan kepada kecairan FCPO. Melalui penglibatan golongan ini juga, sentiasa ada pembeli dan penjual di pasaran FCPO.

3. Arbitrageur

Saingan FCPO adalah minyak soya (BO) daripada Amerika Syarikat. BO juga ada diniagakan di pasaran hadapan di US. Arbitrageur adalah golongan yang memerhatikan kedua-dua pasaran FCPO dan BO. Pada kebiasaannya harga FCPO dan BO bergerak secara relatifnya sama. Kadangkala FCPO dan BO bergerak pada kadar yang berbeza dan menghasilkan jurang sebelum dibetulkan semula oleh permintaan dan penawaran pasaran.

Arbitrageur akan mengambil peluang perbezaan ini untuk menjual salah satu daripada FCPO dan BO ini dan membeli yang satu lagi. Apabila kedua-dua harga FCPO dan BO ini kembali normal, arbitrageur ini akan melengkapkan urusniaganya dan mengaut keuntungan daripadanya.

Arbitrageur hanya muncul pada masa wujudnya peluang perbezaan berkenaan. Pada masa pergerakan harga yang normal, arbitrageur ini mungkin adalah hedgers atau spekulator.

4. Peniaga Institusi

Peniaga institusi adalah merangkumi Pengurus Unit Amanah, syarikat insuran dan institusi kewangan. Mereka melibatkan diri dalam FCPO bagi memperolehi keuntungan untuk portfolio dana mereka.

Sektor korporat perladangan yang besar juga dikategorikan sebagai peniaga institusi dan mereka mengambil bahagian dalam urusniaga FCPO sebagai salah satu kaedah pengurusan risiko mereka di dalam pasaran fizikal sawit. Kumpulan ini biasanya mempunyai kaedah urusniaga seperti hedgers tetapi pada skala yang amat besar. Penglibatan mereka dalam FCPO ini tidak sepanjang masa; hanya apabila keperluan dalam pengurusan risiko tersebut wujud.

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia, berikut adalah demografi FCPO (pecahan penglibatan dalam FCPO) bagi tahun 2008.

Kesimpulannya, FCPO adalah didominasi oleh retailer yang menyuntik kadar kecairan yang tinggi ke dalam pasaran. Ini juga bermakna FCPO adalah pasaran yang benar -benar adil di mana permintaan dan penawaran harga menguasai pasaran manakala faktor manipulasi pula boleh diabaikan.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: