Koperasi Belia Islam (ABIM)

3 06 2010

Source:http://www.kbi.com.my/danahusna.asp?task=alhusna

Dana Pelaburan Al-Husna

Dana Pelaburan Al-Husna ini berkonsepkan tabungan wang anggota yang akan diuruskan oleh KBI untuk tujuan pelaburan berisiko rendah dan dijangka memberi pulangan yang baik ke atas wang yang dilaburkan. Al-Husna dipetik daripada Al-Quran yang membawa maksud hasil yang baik, balasan yang baik, kurniaan yang baik malahan dalam surah Yunus ayat ke 18, Allah S.W.T menggunakan perkataan Al-Husna sebagai pahala yang terbaik iaitu syurga untuk dianugerahkan kepada orang-orang yang mengerjakan perbuatan baik. Nama Al-Husna dipilih sebagai menifestasi sumber rezeki baik yang dikurniakan Allah kepada kita dan kemudian dilaburkan di tempat yang baik dengan harapan akan memberi pulangan yang baik pula.

Fokus utama pelaburan dana ini ialah pelaburan ke atas skim Pembiayaan Saham Secara Syariah yang mengkhususkan pembiayaan langganan saham dibawah ESOS (Employees’ Share Option Scheme) oleh pekerja syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Pelaburan di dalam skim ini dianggap berisiko rendah dan selamat kerana keupayaan dalam menjangka margin keuntungan berdasarkan harga pasaran semasa berbanding dengan harga langganan yang telah ditetapkan.

Syarat-Syarat Asas Pelaburan

* Beragama Islam
* Menjadi Anggota KBI dengan Bayaran pendaftaran RM25
* Bersetuju dengan tempoh matang pelaburan paling kurang 3 bulan
* Bersetuju dengan syarat dan terma yang ditetapkan oleh KBI

Jumlah Pelaburan

* Jumlah minimum pelaburan ialah sebanyak RM5,000

Perkongsian Keuntungan

Setiap pelaburanyang dibuat akan terikat dengan perjanjian perkongsian keuntungan diantara anggota KBI (pelabur) dengan KBI (pengurus dana) melalui konsep mudharabah mengikut nisbah berikut :-

* Pelabur : 70%
* KBI : 30%

Keistimewaan dalam Pelaburan Dana Al-Husna

* Berisiko rendah
* Berupaya menjangka margin keuntungan
* Kadar perkongsian keuntungan kepada pelabur tinggi
* Tempoh matang yang singkat iaitu 3 bulan
* Pengagihan keuntungan 2 kali setahun
* Jangkaan pulangan pelaburan melebihi 15% setahun


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: