Rahsia Kekayaan Pelabur Paling Kaya -by Pakdi

11 07 2010

Source:http://www.pakdi.net/rahsia-kekayaan-pelabur-paling-kaya/
Nasi lemak yang ada hanya sambal tumis, sedikit kacang tanah, satu atau dua hiris timun dan suku telur rebus, di kebanyakan tempat di Kuala Lumpur dijual dengan harga RM 1 sebungkus.

Kita semua pasti tidak mahu beli nasi lemak biasa-biasa sebegitu sekiranya sebungkus dijual sehingga RM 2 misalnya. Kita boleh dapat nasi lemak dengan telur goreng mata dan sedikit sambal paru dengan harga setinggi itu.

Manakala Ahmad, seorang penjual nasi lemak yang biasa-biasa itu sebenarnya tidak tahu pun memasak nasi. Dia cuma mendapatkan bekalan nasi lemak setiap hari dengan kos RM 0.70 sebungkus.

Seorang penjual nasi lemak yang lain bernama Aminah memperoleh bekalan nasi lemak yang sama dengan kos lebih murah, RM 0.50 sebungkus.

Tetapi dalam pelaburan, ramai dari kita membeli nasi lemak biasa-biasa dengan harga yang sangat mahal. Harga pasaran yang sebenarnya sepatutnya RM 1, tetapi disebabkan percayakan cakap orang lain bulat-bulat kita pun percaya nasi lemak biasa-biasa itu harganya boleh mencecah RM 5! Jadi, kalau beli RM 3 sebungkus pun masih bagus, sebab nanti harga akan naik jadi RM 5.

Kita sepatutnya menjadi seperti Ahmad, beli nasi lemak dengan harga diskaun 30%. Sekiranya kita berusaha lebih gigih,kita pasti boleh membeli dengan harga diskaun 50%.

Walaupun kita menyediakan RM 5 untuk sarapan pagi, tidak semestinya kita membelanjakan semua duit tersebut untuk beli nasi lemak. Walaupun kawan kita asyik beritahu kepada kita harga akan naik sampai RM 5 sebungkus.

“Jangan risau, hari-hari orang makan nasi lemak,” kata seorang kawan yang tidak mahu namanya didedahkan di blog Pakdi.net.

Ya, ini lah rahsia kekayaan pelabur paling kaya di dunia.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: