Berita KPF

14 07 2010

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE 29, BERSETUJU 10% DIVIDEN DAN 4% BONUS DIBAYAR TUNAI.

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAT) Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (“KPF”) Yang Ke 29, telah diadakan pada hari Khamis, 24 Jun 2010, jam 3.00 petang bertempat di Dewan Perdana FELDA, Jalan Maktab, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 1,040 perwakilan dari seluruh negara.

MAT ini juga telah memperakui 10.0% dividen dan 4% bonus dibayar tunai. Pengiraan dividen dan bonus ini adalah secara purata berdasarkan baki syer terendah bulanan dan kekal menjadi anggota sehingga 31 Disember 2009. Dividen dan bonus ini dibayar setelah ditolak zakat perniagaan.

Bagi bayaran awal, hanya 10% dividen dibayar kepada anggota mulai 1 Julai 2010, manakala baki 4% bonus akan dibayar apakala mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia kelak.

PRESTASI 2009

ANGGOTA DAN MODAL SYER

Anggota KPF bertambah sebanyak 6.69% kepada 207,913 (2008:194,873) manakala modal syer anggota meningkat sebanyak 12.15% kepada RM1.46 bilion (2008:RM1.30 bilion).

Bilangan anggota Kumpulan Peneroka bertambah sebanyak 6.9% kepada 182,578 (2008:170,800). Kumpulan ini merupakan 87.81% daripada jumlah anggota KPF.

Jumlah modal syer yang dimiliki oleh peneroka dan keluarga mereka turut bertambah sebanyak 9.36% kepada RM1.02 bilion (2008:RM0.94 bilion). Jumlah modal syer yang dimiliki oleh Koperasi peneroka pula ialah sebanyak RM28.33 juta (2008:RM25.68 juta). Kumpulan Peneroka merupakan pemilik terbesar modal syer iaitu sebanyak RM1.05 bilion yang merupakan 72.08 % daripada keseluruhan modal syer, dengan purata pemilikan sebanyak RM5,763 (2008:RM5,634).

Anggota daripada Kumpulan Kakitangan pula iaitu seramai 25,335, merupakan 12.19% daripada jumlah anggota KPF. Kumpulan ini memegang syer sebanyak RM407.58 juta ataupun 27.92% daripada keseluruhan modal syer anggota.

PELABURAN

Pelaburan KPF telah mencecah RM2 bilion iaitu mencatatkan pertumbuhan sebanyak 18.14% (2008:RM1.69 bilion). Teras utama pelaburan KPF ialah pemilikan ekuiti dalam 11 buah Syarikat Kumpulan FELDA melalui pegangan sebanyak 255.89 juta unit saham dengan kos pelaburan sebanyak RM353.6 juta.

Sepanjang tahun 2009, pelaburan-pelaburan utama KPF ialah urusniaga pasaran sekuriti (RM547.24 juta), pelaburan usahasama/terokaan modal (RM385.34 juta), hartanah (RM235.55 juta), bon (RM64.83 juta), Amanah Raya Berhad (RM70.26 juta), Bank Koperasi (RM37.68 juta) dan Saham Amanah (RM20 juta).

KPF terus mengambil peluang memiliki saham dalam syarikat luar yang berdaya maju apabila mengambil 20% pegangan ekuiti dalam syarikat Teo Seng Capital dengan nilai pelaburan sebanyak RM18.60 juta. Pelaburan KPF dalam 15 buah syarikat usahasama/luar meningkat kepada RM385.34 juta iaitu pertambahan sebanyak 38.04% berbanding pada tahun lalu (2008:RM279.14 juta).

Pelaburan hartanah bernilai RM235.55 juta (2008:RM174.71 juta) telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 34.82%, melalui pembelian bangunan korporat Southgate di Jalan Sg. Besi berharga RM226 juta, 2 lot tanah di Bandar Baru Bangi berharga RM11.64 juta dan sebuah rumah kedai tiga tingkat di Pusat Komersil Bandar Jengka, berharga RM0.59 juta. Bangunan korporat Southgate dijangka siap sebelum akhir 2011, manakala lot-lot tanah di Bandar Baru Bangi dirancang untuk pembinaan sebuah kompleks yang menempatkan sebuah hotel, “Service Apartment” dan “Garden Restaurant”.

Pelaburan hartanah ini dijangka mampu memberi pulangan sekurang-kurangnya sebanyak 8% setahun.

KEUNTUNGAN

Pada tahun 2009 KPF memperolehi pendapatan sebanyak RM369.19 juta, meningkat 45.25% berbanding tempoh yang sama tahun lalu (2008:RM254.18 juta), mencatatkan pencapaian yang tertinggi sejak ditubuhkan 30 tahun lalu. Dividen kasar daripada Syarikat-syarikat FELDA telah memberikan pulangan sebanyak RM289.69 juta, menyumbang 78.47% daripada jumlah pendapatan keseluruhan KPF (2008: 75.86%).

Keuntungan bersih sebelum cukai ialah sebanyak RM328.72 juta, meningkat sebanyak 40.26% berbanding tahun lalu (2008:RM234.36 juta).

Pada tahun ini zakat perniagaan yang akan dibayar ialah sebanyak RM10.90 juta meningkat 62.13% berbanding RM6.72 juta pada tahun lalu.

Keuntungan selepas bayaran cukai dan zakat iaitu sebanyak RM211.80 juta, meningkat 31.86% berbanding tahun lalu (2008:RM160.62 juta).

TIGA PEGAWAI KANAN FELDA DAN TIGA PERWAKILAN KEKAL MENGANGGOTAI LEMBAGA KPF SESI 2010/2011

Tiga orang Pegawai Kanan yang dicalonkan oleh FELDA dipilih menganggotai Lembaga KPF bagi sesi 2010/2011, untuk jawatan-jawatan berikut:

Nama

Jawatan

Jawatan

Y.Bhg. Dato’ Dzulkifli Abd Wahab

Pengarah Besar

Pengerusi

Encik Suhaimi Zainuddin

Timbalan Pengarah Besar

(Pembangunan

Setiausaha

Encik Abidin Abd Rahman

Timbalan Pengarah Besar

(Pengurusan & Kewangan)

Bendahari

Tiga Anggota Lembaga yang tamat tempoh perkhidmatan mereka Encik Abdul Latif Othman (Seremban), Encik Abdul Majid Abdullah (Bukit Ramun) dan Puan Saodah Sudi (Air Tawar 5) turut dipilih semula sebagai Anggota Lembaga bagi sesi 2010/2011.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: