Nasihat dari seseorang-dari forum bicarajutawan.com

15 07 2010

Source:http://www.bicarajutawan.com/forum/thread14019-9.html
Saya sendiri bermula agak lewat kerana tak tahu apa pasal finance ni, tak ada minat pun. Yalah sibuk kais pagi makan pagi kata org. Walaupun dpt tawaran masuk U, saya pilih untuk kerja pada umur 18 thn, gaji saya cuma RM400 masa tu. Ingat ada rumah teres sebuah dapat gaji seribu sebulan, ada bini sorang dan anak dah cukup la tu, syukur. Tak ada cita-cita langsung. Mana nak senang kalau tak ada hajat nak berjaya dan rasa puas hati dengan apa yang ada.

So bila komitmen dah bertambah mula rasa gelisah. Kena pula saya jual rumah at a lost. Mulalah terfikir macammana boleh jadi camtu? org kata beli rumah takkan rugi?? Dari situ mulalah fikir macammana agaknya nak perbaiki keadaan. Barulah minat nak tanya sana sini. Masa tu internet pun baru at its infancy so maklumat taklah berleluasa seperti sekarang ni. terpaksalah beli buku berjudulx, hadir seminar berbagai, cari maklumat korek sana korek sini, agaknya inilah yg dikatakan invest in yourself/knowledge. Saya rasa Dr tengah melalui fasa ini, which is a good thing sebab pendapat saya fasa ini tak pernah stop.

Bila dah tahu sikitx, mulalah teragakx apa nak buat ya? Ni kena jawab sendiri. Saya rasa banyak cara dan bentuk pelaburan yang disyorkan oleh mereka yang pakar dan jujur di forum ni sangat baik dan berkesan, cumanya you must decide which is best for you. Interm of specific, tak ada apa yang saya boleh tambah. Kalau tidak duduklah termanggu-manggu sudahnya paralyse terkena sindrom ‘over analysed’ . Pada saya knowledge tu cuma potential power.

Bila rasa dah sedia saya pun mulalah berjinak-jinak dengan bentuk perlaburan yang saya rasa selesa dan ada cukup pengetahuan nak buat sesuai dengan keadaan saya. Saya ni pun makan gaji, ada masanya kesibukan saya menyebabkan saya terputus hubungan dengan dunia luar weeks on ends. But I love my job. The things is you need to start somewhere.

Selepas saya pilih beberapa cara, saya mula bandingkan. Saya dapati semuanya lebih kurang sama seperti yang saya pelajari, maksudnya ada yg untung ada yg rugi, ada yg untung besar, kecil, cukupx makan, rugi pun sama. Semuanya sesuai dengan risk-reward ratio masingx. Tetapi saya dapati ada satu perkara yg membawa perbezaan besar antara berbagai instrumen pelaburan tersebut, at least for me. Disiplin. Kalau tak ada benda ni, memanglah kita hanyut mengikut arus. Kejap buat kejap tidak, hangat-hangat tahi ayam ni memang satu penyakit yg ‘terminal’ pada pandangan saya. Especially pada org kita (kena banned jugak saya nanti) Kalau dah rancang nak DCA, tentukan ikut. Kalau dah set ‘trailing-loss’ pastikan execute. Kalau nak simpan dalam ASB biarkan dia compound. Kalau nak terlibat dalam property buat persediaan dan cari sampai dapat. Bukanlah maksud saya kita kena rigid, tetapi mesti beri komitmen pada apa yg dah kita putuskan.

Dalam mengintai-intai peluang tu kalau tiba-tiba ada yang baik jangan, never ever back off, sayangnya kalau buang masa berjamx/harix/bulan mencari peluang lepas tu cold feet. Dah berapa kali kita dengar cerita “dulu rumah/tanah tu harganya XX ribu je, masa tu ayah/mak teh/pak ngah/pak long/uncle/……(fill in the blanks) tak ada duit/nak/ambil/sibuk”. Even if at first it looks over whelming. Note of caution, saya tidak advocate supaya you ‘over gear’ atau ambil excessive risk. Tetapi kita kena ada ‘Guts’ . Kena berani. Kalau tidak back to square one. Duduklah kita dimana kita bermula tanpa sebarang improvement.

Dalam pada melabur sana sini tu, jangan lupa tampung lubang yang bocor atau sekurang-kurangnya biarlah dia kekal kecil. Tak guna kalau makin banyak masuk, makin banyak jugalah keluar. Tapi saya rasa bagi org macam kita yang pernah susah, ini tidak menjadi masaalah. Being frugal has always been part of life. Memang kita sasarkan nak senang, tapi apa salahnya kita prctice ‘delayed gratification’, insyaallah it will be much more gratifying later. Walaupun net worth saya dah agak ok, tapi saya tak rasa kaya. Walaupun duit pelaburan liquid saya lebih pada 7 angka, pada saya ianya cuma nombor. Saya pakai kereta jenis biasa, sesuai dengan keperluan saya, bukan jenis yang besar menjalar dan mahal walaupun saya rasa berkemampuan, biarlah dulu. Walaupun saya ada rumah yang disewakan bulanan pada kadar 5 angka, saya lebih selesa duduk dirumah saya dan tak bercadang pun untuk tinggal dirumah tersebut, pada saya ianya cuma pelaburan masa depan. (sebelum terlupa – hutang saya pun 7 angka jugak ) Bukan tujuan saya nak menunjuk tetapi sekadar berkongsi pengalaman. Saya yakin, you akan lalui benda yang sama or even better in no time.

Satu lagi, fenomena yang saya rasa agak unik dalam masyarakat kita. Kita akan ada perasaan bersalah bila kita dah senang. It does not help when our surrounding always deemed the rich as typically bad guys. Asal org kaya saja, mesti rasuah/crony/songlap/percent/…..(again fill in the blank) basically melalui cara yang tidak betul. Jadi nasihat saya jangan pedulikan pandangan org yg negative. Saya berfikir begini, kalau saya senang saya boleh beri jaminan kepada masa depan anakx saya. Sekurangxnya mereka dan anakx mereka tak duduk setinggan dan mandi kolah macam saya. Saya boleh beri kesenangan yang tak sempat dirasai oleh org tua saya kerana dulu mereka tidak berpeluang merasa senang kerana nak membesar dan memberi pendidikan/peluang supaya saya/anak cucu mereka boleh hidup senang. Umumnya saya boleh bantu org yang memerlukan dengan lebih berkesan. Inilah gunanya kekalkan low profile ni. Kalau org nak iri hati sekalipun, biarlah asalkan nawaitu kita mesti tetap dan betul. Saya rasa Rasullullah pun nakkan umatnya cemerlang dalam segenap bidang, dan pada pandangan saya zaman sekarang ni kekuatan ekonomi adalah kuncinya kepada segala-galanya.

Eh banyak dah saya membebel, I wish you and semua yang mungkin boleh dapat munafat dari coretan ni, selamat maju jaya, kalau dah kaya esok saya datang klinik nanti boleh lah bagi panadol free.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: