Passive Income Bukan Untuk Jadi Malas-by Pakdi

26 07 2010

Source:http://www.pakdi.net/passive-income-bukan-untuk-jadi-malas/
“Sambil tidur pun income masyukkk.” Kenyataan salah sebuah salesletter yang saya baca.

“Duduk diam diam dapat duit!” Fuh. Memang ayat mengancam jiwa yang dibebani hutang.

“Bangun-bangun tidur, masih belum gosok gigi, bukak Facebook tengok-tengok duit dah masuk.” Dakwa salesletter membunuh yang lain.

Betul. Dalam buku Rancang Wang Dari Sekarang (RWDS), saya ada menerangkan mengenai pendapatan pasif (passive income). Pekerjaan yang membolehkan kita memperoleh pendapatan berulang kali secara konsisten tanpa memerlukan kita buat kerja tersebut setiap hari.

Malangnya, ada pihak (khususnya yang tidak baca blog Pakdi dan RWDS) yang membawa fahaman yang salah mengenai passive income ini di dalam masyarakat. Mereka seolah-olah menyatakan tidak perlu buat kerja, lepak-lepak kedai kopi dan goyang kaki pun duit akan masuk dalam poket.

Sedangkan kita perlu gigih bekerja pada peringkat awal untuk memastikan pendapatan pasif itu berterusan masuk ke dalam akaun bank kita. Selepas kita mendapat satu asas yang kukuh, barulah kita boleh menikmati pendapatan ini.

Ya. Anda perlu berusaha gigih terlebih dahulu.

Tanam pokok rambutan pun, pada peringkat awal kita kena jaga, baja, siram secukupnya sebelum pokok tersebut mula mengeluarkan buah rambutan yang merah dan manis rasanya. Selepas mengeluarkan buah pula, kita masih perlu sapu sampah daunan kering, mencantas dahan tertentu dan memberi sedekah kepada orang lain.

Jadi, sekiranya anda memikirkan passive income = tidak buat kerja maka anda perlu buang pemikiran tersebut jauh-jauh. Pendapatan pasif yang lumayan hanya untuk orang-orang yang rajin sahaja.


Actions

Information

2 responses

27 07 2010
sourplum

sbnr nya nak dapat kn pasive income lagi la berat kerja nya..banyak bnda nak kena blaja..

29 07 2010
PG

@SourplumMemang bukan mudah..tapi insyaAllah jika kita punya ilmu,benda itu akan jadi mudah..Jom sama2 tambahkan ilmu…Take CarePG`Sharing is caring`

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: