Koperasi Felda 2 ditubuh

31 07 2010

Source:utusan.com.my
KUALA LUMPUR 30 Julai – Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan Koperasi Permodalan Felda 2 (KPF2) yang dibuka khusus untuk generasi baru Felda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia bertujuan membolehkan generasi baru Felda terlibat dalam aktiviti pembangunan dan perniagaan syarikat Felda melalui koperasi.

Beliau berkata, sebelum ini hanya peneroka dan kakitangan yang diberikan peluang itu menerusi penglibatan mereka di dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF).

”Generasi baru Felda pada masa ini tidak dibenarkan menjadi ahli KPF sedangkan jumlah kumpulan tersebut semakin bertambah serta mereka yang berminat untuk terlibat dalam kegiatan ekonomi semakin meningkat.

”Justeru bagi mengekalkan semangat keluarga Felda dan faedah generasi baru, kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan KPF2 sebagai model pembangunan ekonomi generasi baru,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Najib berkata, sebagai permulaan Felda akan menyediakan dana sebanyak RM10 juta dan keahlian dibuka kepada semua generasi baru Felda tidak kira di mana mereka berada.

”Oleh yang demikian saya bagi pihak kerajaan ingin mempelawa semua generasi baru Felda untuk terlibat dengan koperasi ini di samping merebut peluang dalam aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh anak-anak syarikat Felda.

”Kerajaan berharap usaha ini akan disambut baik oleh generasi muda Felda dalam usaha memastikan nasib keluarga peneroka seluruh negara terus terbela,” ujar beliau.

Dalam pada itu katanya, koperasi itu tidak akan menjadi pesaing kepada KPF tetapi ia akan menjadi pelengkap serta menambah rantaian ekonomi sedia ada.

Sementara itu beliau berkata, pada masa ini KPF menguasai 51 peratus pemilikan dalam Felda Holdings dan ahli-ahlinya terdiri daripada warga peneroka.

”Sehingga kini KPF yang telah ditubuhkan 30 tahun lalu berjaya memenuhi hasrat ahli-ahli dan mendapat pulangan memuaskan setiap tahun.

”Dividen yang dibayar KPF setiap tahun secara puratanya 14 peratus dan merupakan satu daripada yang tertinggi di negara ini. Ahlinya berjumlah 189,415 orang dan memiliki pegangan modal saham berjumlah RM1.2 bilion,” ujarnya.

Bagi mengekalkan dividen sekurang-kurangnya 10 peratus setahun, Perdana Menteri berkata, KPF menetapkan dasar iaitu modal pegangan saham dihadkan tidak melebihi RM1.5 bilion.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: