Bina Bisnes Yang Boleh Dijual-by Pakdi

16 08 2010

Source:pakdi.net
Buat bisnes ada dua cara. Nak jual kotak atau nak jual masa.

Penjual kotak dan penjual masa tidak ditentukan oleh pendapatan. Ia ditentukan oleh bagaimana mereka bekerja. Penjual masa perlu menggunakan banyak masanya sendiri untuk bekerja, penjual masa tidak boleh digantikan dengan penjual masa yang lain, dan penjual masa selalunya menjual dirinya sendiri.

Tetapi penjual kotak tidak begitu. Penjual kotak mencipta sistem. Penjual kotak membina aset yang boleh djual beli. Penjual kotak mengeluarkan produk. Penjual kotak tidak perlu menjual dirinya sendiri. Penjual kotak boleh mengupah orang lain untuk menjual kotak-kotaknya.

Siapakah penjual masa?

Penjual masa adalah konsultan, peguam, doktor, akauntan, pensyarah, jurutera, speaker, motivator, ejen insurans, ejen saham amanah, jurujual, pereka fesyen dan sebarang kerja yang memerlukan kemahiran yang tinggi. Dalam erti kata lain, he is a professional!

Adakah menjadi penjual masa ini salah?

Tidak. Ia tidak salah. Cuma penjual masa tidak boleh buat kerja lain kerana penjual masa perlu menjual masa dan dirinya kepada orang lain.

Ia bagus sekiranya kalian memang benar-benar minat. mempunya passion terhadap kerja-kerja tersebut. Kalian akan buat benda itu sampai ke hujung nyawa. Pendek kata, kalau tidak dibayar gaji pun, kalian memang suka kerja tersebut. Tanya diri kalian balik, adakah kalian bekerja sebagai penjual masa adalah kerana minat?

Ia juga bagus sekiranya kalian melakukan semua itu untuk menolong orang lain. Seperti kalian sudah berpengalaman 30 tahun dalam industri dan kini kalian memilih untuk menjadi pensyarah untuk menyumbangkan dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Kalian memang suka membantu orang yang memerlukan. Anda terasa mempunyai tanggungjawab tertentu untuk membuatnya sendiri.

Jika disebabkan 2 perkara ini, memang ia adalah sangat sesuai untuk kalian. Kalian akan melakukannya kerana ikhlas. Duit bukan lagi sebagai ukuran.

Self-Employed adalah penjual masa

Jika dirujuk kepada quadrant yang dicipta oleh Robert T. Kiyosaki, orang yang bekerja sendiri adalah penjual masa. Dia lah bos, dia lah janitor, dia lah designer, dia lah marketer, dia lah salesperson, semua benda adalah dia dia dia dan dia!

Banyak sebab kenapa hanya dia dia dia dan dia! Itu perlu dibicarakan dalam tajuk yang lain.

Namun, penjual masa boleh berubah menjadi penjual kotak sekiranya dia boleh mencipta satu sistem yang baik dan melantik orang yang layak untuk menjadi ketua dalam sistem tersebut. Selepas itu, boleh terlibat dalam bisnes yang lain pula.

Busines owner adalah penjual kotak

Majoriti penjual kotak adalah business owner. Penjual kotak membina perniagaan yang boleh dijual. Perniagaan yang boleh diambil alih oleh orang lain. He is working on his business (Bukan in his business). Dia membentuk perniagaannya agar menjadi satu aset yang bernilai.

Jalan penjual kotak adalah perjalanan yang panjang dan berliku. Bukan semua orang sanggup menempuhnya. Hanya orang yang luar biasa akan berjaya mencapainya kerana ia memerlukan lebih dari sekadar minat. Minat sahaja tidak mencukupi untuk menjadi penjual kotak yang berjaya.

Jatuh bangun adalah perkara biasa. Tetapi setiap kali terjatuh, dia akan menjadi lebih kuat. Dia akan menjadi lebih bijak. Sebab itulah minat sahaja tidak mencukupi. Kerana dugaannya terlalu besar, lebih besar dari penjual masa.

Penjual masa atau penjual kotak?

Tidak salah kalau hanya mahu menjadi seorang penjual masa. Cumanya, ini lah perbezaan yang kalian perlu faham, kenapa ada orang seperti Ingvar Kamprad (Ikea), dan kenapa ada orang hanya kekal sebagai Abu si Tukang Kayu.

Sekiranya kalian boleh menjual bisnes kalian kepada orang lain, maka itu tandanya kalian menjual kotak. Sekiranya tidak, maka itu tandanya kalian menjual masae-.

Jadi, apa pilihan kalian?

Dapatkan buku e-Myth Revisited untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang perkara ini. Boleh didapati dalam versi asal dalam Bahasa Inggeris atau edisi terjemahan terbitan PTS.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: