9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memperbaharui Roadtax Kenderaan

26 08 2010

Sumber: http://afyan.com/ver1/?p=638

1. Bilakah selalunya anda memperbaharui cukai jalan (roadtax) kereta anda?

Pengalaman saya selaku wakil takaful, ramai pemilik kenderaan yang melakukannya di saat-saat akhir sebelum tamat roadtax. Malah ramai juga yang melakukannya selepas tamat tempoh. Sebenarnya, cukai jalan boleh diperbaharui 60 hari sebelum tamat tempohnya. Ya, 60 hari! Tidak percaya? Sila lihat geran kereta anda. Oho….tentu ramai juga yang tidak pernah membelek geran kereta sebaik sahaja membeli kereta, bukan?

2. Jangan serah bulat-bulat kepada ejen takaful atau insurans.

Selalunya kita akan menyerahkan 100% kepada ejen takaful atau insurans untuk menguruskannya sehingga memperoleh roadtax. Sila semak maklumat perlindungan takaful atau insurans yang anda ambil supaya tidak diperguna. Selaku pengguna, kita berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang kita bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan), NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan takaful kereta.

3. Pastikan jumlah perlindungan takaful adalah mengikut harga semasa.

Jumlah perlindungan takaful atau sum-insured adalah hak pengguna untuk tentukan, bukan ejen. Ejen hanya mencadangkan dan jumlah yang sewajarnya adalah di tangan pemilik kereta.

4. Jangan over-insured.

Jika jumlah perlindungan diserah bulat-bulat kepada ejen, selalunya ejen akan meletakkan harga yang tinggi. Tidak guna untuk meletakkan jumlah perlindungan yang tinggi kerana sekiranya berlaku claim, anda hanya boleh membuat tuntutan mengikut harga semasa.

5. Tetapi, jangan pula below-insured.

Sebaliknya, sekiranya anda meletakkan harga perlindungan takaful kereta anda di bawah harga semasa, apabila berlaku tuntutan, syarikat takaful atau insurans hanya akan meluluskan sehingga jumlah yang anda insuranskan. Tetapi sesetengah syarikat takaful masih boleh mengambil kira sekiranya perbezaan jumlah perlindungan takaful dengan harga semasa tidak terlalu jauh sekitar 5%-10%. Contoh untuk perkara 3, 4 dan 5; Kereta Proton Persona yang dikeluarkan tahun 2008 yang dibeli pada harga RM 53,000. Pada 2009, harganya telah jatuh sekitar RM 45000.00 – RM 47,000.00. maka pemilik kereta tersebut hendaklah meletakkan jumlah perlindungan takaful atau insurans pada harga sekurang-kurangnya RM 45,000 dan jangan melebihi RM 47,000.00

6. Jadi, bagaimana untuk mengetahui harga pasaran kereta?

Jalan yang paling selamat adalah dengan anda menghubungi pihak bank, untuk mendapatkan nilai sebenar jumlah perlindungan kereta anda. Ini kerana pihak bank akan mengemas kini harga kereta setiap 3 bulan sekali. Cara seterusnya adalah mendapatkan maklumat daripada kedai kereta terpakai. Mereka mempunyai perkiraan harga kereta tersendiri. Cara paling mudah sekiranya anda malas untuk menghubungi pihak bank atau kedai kereta terpakai adalah dengan cara anda membelek ruang iklan di akhbar, majalah atau internet. Anda kumpulkan harga-harga kereta yang ada, kemudian anda cari purata harga kereta tersebut. Atau anda boleh juga mengambil harga tertinggi, dan harga terendah, kemudian bahagi keduanya.

7. Pastikan NCD (non-claim discount) atau NCB (non-claim bonus) anda mengikut apa yang sepatutnya.

NCD atau NCB ini adalah diskaun atau bonus apabila tidak berlaku kemalangan pada satu tahun tempoh perlindungan. Ia bermula dengan 0% dan maksimum 55% pada tahun ke-5 untuk kereta dan 25% untuk motosikal pada tahun ke-3.

8. Bagaimana untuk berpindah daripada insurans kepada takaful?

Ramai pemilik kenderaan yang berasa khuatir untuk bertukar daripada insurans kepada takaful dengan momokan bahawa mereka akan rugi kerana NCD akan menjadi 0%. Walhal ia tidak benar sama sekali. Anda boleh membawa nilai NCD anda daripada syarikat insurans kepada takaful dengan membawa bukti dokumen NCD yang lama seperti covernote atau renewal notis syarikat lama. Ia juga boleh didapati dengan menghubungi khidmat pelanggan syarikat insurans lama. Sebagaimana ditegaskan di dalam perkara ke-2 tadi, jangan serahkan bulat-bulat kepada ejen insurans atau wakil. Kadang-kadang berlaku apabila bertukar syarikat insurans, ada ejen insurans atau takaful yang mengambil kesempatan atas ketidaktahuan pengguna untuk memanipulasi perkara ini.

9. Anda juga boleh memindahkan NCD apabila menukar kereta.

Ini satu lagi maklumat yang jarang-jarang didedahkan. Selalunya berlaku apabila anda menukar kereta baru atau trade-in. Sebenarnya, NCD kereta lama anda boleh dibawa kepada kereta yang baru anda beli atau trda-in. Sebagai contoh, sebelum ini anda memakai kereta kancil 850 yang berharga RM 15,000.00, dan NCD kereta anda itu sudah mencecah 55%. Apabila anda bertukar kepada kereta baru, anda boleh memindahkan NCD 55% tadi kepada kereta baru anda. Bertukar kereta baru tadi, tidak hanya bermaksud kereta yang baru dikeluarkan, ia bermaksud kereta baru dibeli. Tidak kira kereta baru atau kereta second hand, atau second hand yang baru. Selalu berlaku ke atas pengguna, apabila bertukar kereta baru, NCD akan menjadi 0% kembali dan ia tidak didedahkan oleh penjual kereta merangkap ejen takaful atau insurans kereta tersebut. Jadi, di sinilah pentingnya serba sedikit ilmu pengetahuan sebagai pengguna untuk mengelak daripada diperguna.


Actions

Information

3 responses

26 08 2010
Afyan

Terima kasih kerana sudi berkongsi

27 08 2010
PG

@Tuan Afyan…ni saya amik dari artikel di FB tuan..maaf kerana tidak mintak izin tuan.Niat saya ingin share dengan kawan2 di blog in.Terima kasih tuan Afyan atas artikel yang bagus ini.

22 09 2010
Manaziz

Salam, bagus tuan. Info yg banyak membantu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: