LTAT bayar dividen, bonus 14 peratus kepada ahli

17 09 2010

Source:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_38.htm

11/02/2010 7:56pm

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan membayar dividen dan bonus sebanyak 14 peratus kepada ahli yang layak bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

Dalam satu kenyataan, LTAT berkata, pembayaran membabitkan tujuh peratus dividen, satu peratus bonus dan enam peratus bonus istimewa dalam bentuk saham amanah, kesemuanya berjumlah RM575.2 juta.

Pada tahun berkenaan, LTAT mencatatkan jumlah pendapatan diaudit sebanyak RM554.8 juta berbanding pendapatan pada 2008 iaitu RM596.5 juta.

Pada peringkat kumpulan, LTAT mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.2 bilion pada 2009 berbanding RM1.4 bilion tahun lepas.

“Tabung itu terus memberi nilai positif kepada ahli dan keputusan mencerminkan falsafah pengurusan berhemah dan pelaburan strategik dalam aset teras.

“Dengan keadaan ekonomi yang semakin pulih, kami menjangka LTAT akan meningkatkan prestasinya pada masa terdekat ini,” kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan.

Jumlah aset LTAT, tahun atas tahun, meningkat 4.2 peratus kepada RM7.5 bilion setakat 31 Disember 2009, sementara akaun sumbangan ahli meningkat 8.62 peratus kepada RM6.3 bilion. – Bernama


Actions

Information

One response

20 01 2011
Anonymous

Saya adalah ahli LTAT. Apakah yang dimaksudkan dengan saham Amanah? Sebagai ahli saya hanya faham dan jelas dengan x peratus dividen, y peratus bonus tapi z peratus bonus istimewa dalam bentuk saham amanah saya tak nampak pun dalam penyata. Terimakasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: