DANA PELABURAN AL-HUSNA AGIH KEUNTUNGAN 18.20% BAGI TAHUN 2007

18 09 2010

DANA PELABURAN AL-HUSNA AGIH KEUNTUNGAN 18.20% BAGI TAHUN 2007

4 Feb 2008 – Dana pelaburan al-husna yang diuruskan oleh bahagian pelaburan Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad telah berjaya mengagihkan keuntungan sebanyak 18.20% bagi tahun 2007 kepada para pelabur.<span id="fullpost"

Keuntungan ini diagihkan 3 kali iaitu untuk tempoh pelaburan Januari – April 2007 sebanyak 7.57%, Mei – Ogos 2007 sebanyak 7.08% dan September – Disember 2007 sebanyak 3.55%. Jumlah keuntungan yang telah diagihkan bagi tempoh setahun tersebut ialah sebanyak RM152,405.38.

Berakhir 31 Disember 2007, dana pelaburan ini telah berjaya dikumpulkan sebanyak RM1,031,753.00. Sepanjang tahun 2007, peluang-peluang pelaburan yang baik dan menarik banyak diperolehi oleh KBI di samping kedudukan pasaran saham Malaysia yang kukuh telah membantu KBI untuk membuat keuntungan melalui pelaburan ini.

Peluang pelaburan ini masih terbuka dan KBI amat mengalu-alukan penyertaan daripada semua umat Islam di Malaysia terutamanya anggota-anggota sedia ada KBI untuk melabur di dalam dana ini. Pihak pengurusan KBI akan terus berusaha bagi memastikan para pelabur memperolehi pulangan yang menarik melalui pelaburan di dalam dana ini. ”
>


Actions

Information

One response

18 09 2010
sourplum

banyak tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: