Saham Bank Rakyat dibuka semula

13 04 2011

Source:http://beritasemasa.com/peluang-pelaburan-bank-rakyat
Selepas bertahun-tahun lamanya menunggu,Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) dibenarkan menaikkan modal berbayarnya sebanyak RM1 bilion lagi, sekali gus memberikan khabar gembira kepada lebih 800,000 ahlinya yang lama menunggu untuk menambah pelaburan mereka.

Berikut di bawah adalah kenyataan akhbar mengenai pengumuman tersebut.

KUALA LUMPUR 2 April – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) dibenarkan menaikkan modal berbayarnya sebanyak RM1 bilion lagi, sekali gus memberikan khabar gembira kepada lebih 800,000 ahlinya yang lama menunggu untuk menambah pelaburan mereka.

Bank koperasi Islam itu, pada bulan lepas memperoleh kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatkan modal berbayar kepada RM3 bilion, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, dengan kebenaran itu, Bank Rakyat akan membuka peluang pelaburan kepada orang ramai terutamanya ahli untuk membeli saham pegangan dalam bank berkenaan mulai bulan depan.

”Peluang pelaburan ini bukan diberikan kepada semua orang tetapi sebaliknya diutamakan kepada koperasi-koperasi dan ahli-ahli setia Bank Rakyat,” katanya selepas Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat, di sini hari ini.

Kalau nak diikutkan senarai menunggu yang hampir 50,000 orang, rasanya sekejap je habis.Itupun berkemungkinan tidak semua dari senarai menunggu tu boleh dapat beli.Ada yang tunggu dekat 7-8 tahun, mesti yang itu bank rakyat dahulukan.Nama pun senarai menunggu.Bagi mereka yang memang dah jadi ahli, mungkin ada peluang yang cerah la untuk menambahkan lagi saham masing-masing dalam bank rakyat.

Nilai senarai menunggu sahaja dah hampir RM 1 bilion.Jadi, berkemungkinan hanya dalam 40% sahaja dalam senarai menunggu yang dapat beli.Ramai yang “beratur” nak jadi ahli bank rakyat ni, bukan sebab apa, tapi sebab kemampuan mereka membayar dividen 15% setiap tahun, dari tahun 1999 lagi.Lebih banyak dari pelaburan ASB!

Bayangkanlah kalau ada yang simpan RM 50,000, setiap tahun dividen yang dapat berjumlah RM 7500! Banyak tu.Macam-macam boleh buat.Boleh buat bayar road tax kereta, boleh buat pelaburan emas, dan banyak lagi. Itu belum lagi yang simpan sampai RM 100k pulak.Kesimpulannya, melabur dalam bank rakyat ini, memang bagus.Cuma peluang untuk beli itu samada dapat atau tidak, itu yang menjadi isunya.

Apa pendapat anda mengenai peluang melabur dalam bank rakyat ini?


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: