KPF dijangka agih dividen 2010 sebanyak 14 peratus

12 06 2011

Source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KPFdijangkaagihdividen2010sebanyak14peratus/Article
KOPERASI Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF), dijangka mengagih dividen untuk 2010 melebihi jumlah dividen sebanyak 14 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengerusinya Datuk Dzukifli Abd Wahab, berkata unjuran itu selaras dengan misi KPF untuk memaksimumkan pulangan pelaburan ahli dan meningkatkan nilai pelaburan dalam syarikat FELDA.
“KPF menyasarkan jumlah agihan dividen antara 12 peratus dan 16 peratus setiap tahun,” katanya selepas pertemuan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau berkata, dalam tempoh 10 tahun, KPF berupaya mengekalkan sasaran itu dengan jumlah agihan tertinggi dicatatkan pada 2007, iaitu 16.5 peratus.

Bagi 2010, jumlah keuntungan bersih KPF mencatatkan sedikit penurunan kepada RM256 juta berbanding RM328.72 juta pada tahun sebelumnya.

Ditubuhkan pada Julai 1981, KPF berperanan sebagai pusat simpanan dan pelaburan anggota FELDA dan memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat kumpulan itu.

Objektif penubuhan koperasi ini adalah untuk menggiat dan menggalakkan penyimpanan wang oleh anggota FELDA serta menyediakan kemudahan simpanan dan aktiviti pelaburan yang diuruskan secara profesional.
KPF mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM2.26 bilion sepanjang 2010, peningkatan sebanyak 12.94 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2009 iaitu RM2 bilion.

Dzukifli berkata, pertumbuhan itu disebabkan oleh peningkatan aktiviti pembiayaan sebanyak 177.04 peratus dan penambahan simpanan dalam Amanah Raya Bhd sebanyak 138.75 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Pelaburan terbesar adalah di dalam segmen sekuriti pasaran (RM526.42 juta) dan deposit dan simpanan (RM437.94 juta),” kata beliau.

Dzulkifli berkata, KPF kini mengintai peluang pelaburan di rantau Asia dan mengadakan lawatan ke Myanmar baru-baru ini bagi tujuan itu.

“Bagaimanapun, keutamaan KPF masih kepada pelaburan dalam negara,” katanya.

Jumlah pelaburan hartanah KPF pada akhir 2010 sebanyak RM240.08 juta, pertumbuhan sebanyak 1.92 peratus berbanding RM235.55 juta yang dicatakan pada tahun sebelumnya.

“Penjualan ruang pejabat dan perniagaan di Solaris Dutamas, Blok D5, di Jalan Duta sudah mencatatkan keuntungan sebanyak RM4.54 juta dan sehingga akhir tahun lepas, hanya lima unit yang masih belum terjual,” kata Dzukifli.

Antara pelaburan hartanah terbaru yang diteroka KPF ialah pajakan bangunan Hotel Dar Um Hane di Mekah, Arab Saudi.

Dzukifli berkata, melalui pajakan ini, sebahagian daripada hotel yang mula beroperasi pada Februari 2011 itu akan disewakan kepada Felda Travel, manakala sebahagian lagi kepada agensi-agensi Umrah dan haji yang lain. – BERNAMA


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: