Setelah Mati – Apa Kisah Tentang Kita Yang diBualkan?

7 10 2011

NikmatNya Sedekah

Sebenarnya kejadian ni sudah hampir seminggu berlalu, Tapi aku ambil keputusan untuk tidak menulisnya pada hari kejadian kerana ingin melihat reaksi masyarakat tempatan tentang Arwah.

Pada petang isnin minggu lepas aku mendapat berita mengatakan salah seorang penduduk kampung aku baru sahaja meninggal dunia, disebabkan waktu tu hujan lebat dan hari sudah hampir malam, Imam mengambil keputusan untuk melakukan pengurusan dan pengkebumian jenazah pada keesokan harinya.

Yang menariknya tengtang Arwah ni ialah pada hayatnya beliau merupakan salah seorang jemaah yang selalu berjemaah di masjid dan beliau juga merupakan salah seorang hartawan di kampung aku.

Arwah agak tidak di disenangi oleh penduduk kampung kerana sikap dan cara percakapan nya agk tidak berlapik dan sindiran nya banyak membuat orang makan hati, dan semasa hidupnya banyak orang yang berbicara dan tengtang sikapnya itu, tidak terlampau jika aku mengatakan arwah lebih dikenali sebagai seorang cakap ikut sedap mulut je.

Tapi segala tanggapan dan semua perkara negatif ni terhenti sebaik sahaja Arwah meninggal duania, tidak seperti sebelumnya jika nama arwah disebut biasanya hanya sindiran dan keceluparan mulut beliau yang akan dikaitan. Namu selepas je arwah menghembuskan nafas yang terdengar di telinga aku tengtang arwah ilah sifat sifat baik hati, pemurah dan jasa yang telah beliau lakukan, bahkan pada malam kematian beliau kiri kanan jalan rumahnya penuh sesak dengan deretan kenderaan yang datang menziarahi jenazah Beliau.

Pada keesokan harinya disaat jenazah hendak disembahyangkan di masjid, hadirin yang datang untuk sembahyang jenazah memenuhi ruangan masjid, menyebabkan aku dan ramai lagi tidak berpeluang untuk turut serata. Bahkan terdapat dua buah bas yang disewa khas oleh pihak pengurusan dari dua buah sekolah pondok yang agat terkanal di Kelantan, turut hadir bersama pelajarnya bagi menyertai solat Jenazah, sewaktu solat jenazah hendak dimulakan berlaku satu lagi kejutan, dengan Kemunculan Menteri Besar Kelantan Tuan guru Nik Aziz Nik Mat, Yang sanggup hadir dan mengimamkan solat jenazah tersebut.

Dan dari saat kematian Arwah hinggalah saat aku menulis post ni yang, perkara yang dibualkan tentang arwah hanyalah tengtang kebaikan dan sedekah yang telah beliau lakukan dalan hayatnya, langsung tidar terdengar perkara negatif tengtang beliau, antaranya sedekah yang arwah lakukan ialah sumbangan pembangunan untuk beberapa sekolah pondok, berpuluh ribu ringgit dibelanjakan untuk Baikpulih masjid Kg aku, Bantuan kewangan kepada mereka yang tak cukup duit untuk menunaikan haji, bantuan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan, dan kalau nak dituliskan semuanya, memang berjela.

Namun semua sedekah dan derma Itu arwah lakukan dalm diam dan di memang pantang dan cukup marah kalau ada orang atau penerima sumbangan itu yang membocorkan rahsia atau bercakap dan bercerita pada orang lain tentang sumbagan yang dia lakukan.

walaupun begitu semuanya kebaikan dan kemurahan hati beliau umpama ditarik keluar dari tempat persembunyina dan terpangpang keseluruh alam dan kebaikan itu tersebar tampa dipinta dirancang dan dipaksa sehinggakan menutup dan melindunggi semua perkara negatif yang selama ini diperkatakan.

Yang bermain dikepala kau cuma Sungguh Hebat dan Nikmatnya amalan sedekah ni…….

Ps : Agaknya bila roh kita dicabut dari badan apa la cerita yang orang akan cakap tentang KITA ????

amalan bersedekah

Fadhilat Sedekah

Dari Abu Hurairah RA, Bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : “Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedeqah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.” (H/R. Bukhari).

“ Sesiapa yang sanggup diantara kamu menjaga dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedeqah walau hanya dengan sebiji kurma, dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik.” (H/R. Ahmad dan Muslim)

Allah Ta’ala berfirman, “ Perumpamaan orang-orang yang menafakahkan harta mereka pada jalan Allah adalah seumpama sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang disukainya dan Allah maha luas kurnianya dan lagi maha mengetahui. ” .

{Al Baqarah (2) : 261} Sedeqah mempunyai kelebihan yang amat banyak, diantaranya adalah seperti berikut: ” Menggandakan kebaikan, ganjaran yang besar, menolak bala, meredakan kemurkaan Allah, menyelamatkan diri dari api neraka, memanjangkan umur, melembutkan hati, melenyepkan perasaan takabur & angkuh, dan akhirnya menerima ganjaran amalan yang berkekalan dan berterusan ”

Kebaikan dan kelebihan Sedekah

Sebahagian ulama berkata : Sedekah itu 10 Kebaikan dan kelebihan – lima di dunia dan lima di akhirat.

Lima di dunia:
1. Mencucikan hartanya
2. Mencucikan badannya
3. Menolak daripada penyakit
4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
5. Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekeinya

Lima di akhirat:
1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangan (amalan) di akhirat
4. Mudah melalui titian siratulmustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga

Sumber : Blog Restu

Pahala Dan Ganjaran Sedekah

Rasullullah s.a.w. telah bersabda

“Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan 4 jenis pembalasan iaitu :

1. Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.

2. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.

3. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.

4. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah

 

Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah

(Susunan: Ibnu Umar Asseluluni)

Sumber : Darussyifa Online

 [Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

 [Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)

[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah.” Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?” Nabi menjawab: “Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab: “Menyuruh berbuat ma’ruf.” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi s.a.w. menjawab, “Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah.”
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

 [Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, “Aku hartamu, aku pusaka simpananmu.” Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: “Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi.”
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

 [Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, “Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka.” Nabi s.a.w. lalu berkata, “Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah.” Para sahabat lalu bertanya, “Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?” Nabi menjawab, “Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)

 [Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Read more: http://dnobiz.com/santai/setelah-mati-apa-kisah-tentang-kita-yang-di-bualkan/#ixzz1a6kAhpXa


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: