Dividen 14% Koperasi Tentera

3 07 2012

KUALA LUMPUR 24 Jun – Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd. hari ini mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 14 peratus atau RM110 juta bagi tahun kewangan 2011 kepada ahli-ahlinya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengagihan itu berikutan pencapaian prestasi koperasi yang memberangsangkan apabila mencatat keuntungan sebanyak RM212 juta pada tahun lalu berbanding RM159 juta (2010).

”Kejayaan itu sekali gus memperlihatkan koperasi telah berjaya mengumpul aset bernilai lebih RM2 bilion pada tahun lalu dengan jumlah ahli kira-kira 144,000 orang di samping meletakkan koperasi tentera sebagai yang berjaya.

”Justeru, kita menjangkakan pada 2015 aset akan meningkat kepada RM3 bilion dan menjelang 2020 mencapai sebanyak RM10 bilion. Ini akan menjadikan koperasi tentera sebagai yang paling berjaya selain Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat),” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera Ke-47 di sini.

Pada majlis itu, turut berlangsung pemilihan tiga Ahli Lembaga Koperasi Tentera Malaysia yang baru bagi sesi 2012/2013.

Hadir sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Pengerusi Koperasi Tentera, Brigedier Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaffar.

Ahmad Zahid seterusnya menyarankan kepada pihak pengurusan supaya memperluaskan skop perkhidmatan dan aktivitinya kerana langkah itu boleh membawa keuntungan kepada pendapatan ahli dan koperasi.

Dalam hubungan itu, beliau memuji usaha terbaru pihak pengurusan koperasi apabila menceburi industri sistem pajak gadai Islam, Ar-Rahnu dengan membuka tiga cawangan iaitu di Kota Bharu, Kelantan; Kluang, Johor dan Sungai Besi, Kuala Lumpur menjelang penghujung tahun ini.

Terdahulu, semasa berucap, beliau menyeru anggota tentera agar terus memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyifatkannya sebagai pemimpin yang tidak pernah terlepas mengambil berat soal kebajikan tentera.

”Insya-Allah kalau Perdana Menteri kita terus menjadi pemimpin selepas pilihan raya ini, saya yakin akan ada pengumuman luar biasa untuk anggota tentera,” katanya.

Pada majlis itu, koperasi turut memberi sumbangan berbentuk cek pampasan kematian, cek pampasan kecederaan dan bantuan alat perubatan kepada empat ahli keluarga anggota tentera.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: