Pinjaman Perumahan untuk buat rumah di atas tanah sendiri

8 09 2012

Bina Rumah Di Atas Tanah Sendiri Dengan Pinjaman Perumahan Kerajaan – Apa Yang Perlu Anda Tahu ?

Saya kira ramai diantara kita yang memiliki tanah sendiri sedang berkira-kira untuk membina rumah impian mereka. Bagi kakitangan kerajaan kemudahan pinjaman perumahan yg ditawarkan seharusnya peluang tersebut hendaklah digunakan sebaik-baiknya.

Proses membina rumah impian anda di atas tanah sendiri m

enggunakan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan adalah tidak sama dengan membeli rumah yang telah siap. Terdapat beberapa proses yang perlu dibuat yang memerlukan kelulusan dari pihak-pihak tertentu dulu sebelum borang pinjaman perumahan anda dapat dihantar ke bahagian pinjaman perumahan di Putrajaya untuk kelulusan.

Antara beberapa perkara yang perlu anda tahu dan perlu diselesaikan dahulu sebelum permohonan pinjaman anda dihantar:

‎1. Hakmilik Tanah : Pastikan anda adalah pemilik tanah yang sah/berdaftar ke atas tanah yang ingin dibina rumah tersebut. Sekiranya anda berhasrat untuk membuat pinjaman perumahan bersama (combined loan) dgn pasangan anda, pastikan anda me

masukkan dulu nama pasangan anda (suami-isteri) sebagai pemilik bersama tanah tersebut. Proses pertukaran hakmilik atau memasukkan nama pasangan anda boleh dilakukan di Pejabat Tanah. Tempoh masa yang diambil adalah bergantung kepada pejabat tanah negeri atau daerah masing-masing. Setiap pejabat tanah mempunyai akta dan peraturan yang berbeza di antara negeri kerana setiap negeri terikat pada akta kanun tanah negeri masing-masing. Kadar bayaran pula bergantung kepada kadar nilaian tanah tersebut, makin tinggi nilaian tanah tersebut maka semakin tinggilah kos stamping (duti setem) yang perlu dibayar.

2. Status Tanah : Status tanah juga perlu diambil perhatian. Apakah status tanah anda? Adakah tanah pertanian? Tanah padi? Tanah Getah? Atau tanah dusun? Kesemua status tanah tersebut perlu ditukar kepada status tanah bangunan terlebih dahulu. Urusan tukar status tanah ini boleh dipohon di pejabat tanah negeri/daerah masing-masing. Di sini juga ada kos yang terlibat dan tempoh masa yang diambil untuk tukar status tanah ini agak lama biasanya 6 bulan hingga ke 1 tahun.

3. Pelan Arkitek : Seterusnya pelan arkitek atau selalu disebut sebagai pelan rumah. Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam merekabentuk rumah maka anda boleh merekabentuk sendiri rumah idaman anda.Namun apa yang penting pada akhirnya pelan rumah tersebut perlu di cop dan ditandatangani oleh arkitek yang bertauliah. Pelan arkitek perlu disertakan dengan beberapa pelan yang lain lagi seperti Pelan Pembentungan dan Pelan Struktur (Pelan Besi). Kos bagi pelan arkitek biasanya dikira berdasarkan keluasan kaki persegi rumah, lagi besar rumah anda maka lagi mahal kos yuran arkitek. Setelah pelan anda dicop dan ditandatangani oleh arkitek maka seterusnya pelan tersebut dihantar ke pihak majlis daerah untuk kelulusan dan mendapatkan permit membina rumah. Seperti biasa…. proses kelulusan di majlis daerah pun ada kos yang perlu ditanggung. Biasanya tempoh masa untuk kelulusan memakan masa dari 2 hingga ke 6 bulan, bergantung pada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daerah masing-masing.

4. Perjanjian Kontrak : Perjanjian kontrak perlu disertakan bersama-sama dengan borang permohonan pinjaman perumahan anda. Pihak peguamlah yang akan menguruskan perjanjian kontrak membina rumah di antara anda dengan kontraktor pilihan anda. Kos yuran perjanjian kontrak bergantung pada perbincangan anda dengan kontraktor, siapa yang akan menanggung kos guaman. Pada kebiasaan pihak klien yang akan menanggung kos guaman kerana pihak kontraktor hanya akan memberikan sebutharga untuk membina rumah sahaja. Namun begitu ada juga sesetengah kes pihak kontraktor bersetuju untuk menanggung kos guaman.

5. Proses Nilaian : Proses akhir adalah proses nilaian yang mana pelan yang telah lulus tersebut perlu dihantar ke Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta yang mana pelan rumah anda akan dinilai. Jumlah pinjaman anda kelak tidak boleh melebihi dari jumlah nilaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian. Proses nilaian biasanya memakan masa dalam 1 minggu sahaja.

Setelah proses-proses di atas telah selesai maka barulah anda boleh menghantar borang permohonan pinjaman perumahan anda…..

Sekian….semoga penerangan ringkas ini sedikit sebanyak dapat memberi info kepada anda yang sedang berkira-kira untuk membina rumah impian anda di atas tanah sendiri menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: