Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pelaburan Emas?

20 06 2013

1

Caveat emptor!

Buyer beware!

Salah satu petanda sesuatu bentuk pelaburan itu sudah sampai ke tahap bubblesmania (iaitu tanda awas perlu diletakkan di dahi) adalah apabila terlalu ramai yang mula bercakap pasal pelaburan tersebut. Bercakap seperti dialah pakar. Sedangkan dia baru sahaja terlibat dengan pelaburan itu 10 minit lepas.

Kalau ikut kaedah pengajian hadis, kehebatan pelaburan itu sudah sampai tahap mutawatir. Ramai sangat (ejen) bercakap benda yang sama dan jadi kelihatan mustahil untuk mereka berpakat untuk menipu. Sedangkan ramai yang cuma orang biasa yang tidak ada ilmu pelaburan pun. Mungkin masih tidak tahu membezakan apa itu cashflow dan capital gain. Menyebabkan kita yang mendengar cerita tersebut pun rasa betul. Pelaburan emas itu maha hebat, pasti untung dan kita mesti sama-sama melabur kalau tidak mahu ketinggalan bas.

Tahun 2008, rakyat Malaysia demam pelaburan saham khususnya menerusi saham amanah. Sedangkan pada 2008, pelabur besar dan pelabur professional yang telah melabur dari 2005 misalnya, telah pun mula menjual pegangan saham mereka.

Hari ini, tahun 2010, kelihatan orang demam dengan pelaburan emas. Beli pada RM 120/g jual pada RM 125/g. RM 5 untung satu gram. Ditabur pula dengan beberapa hadis-hadis Nabi yang tarafnya mengikut ulama hadis, adalah meragukan. Maka, bertebaranlah cerita yang menyatakan bisnes emas adalah bisnes Islami, ekonomi Islam!

Maka, ingin saya sebut dengan tegas itu adalah “ajaran sesat” ekonomi Islam.

Adakah ekonomi Islam itu terhad berjual beli emas sahaja? Beli emas pada harga tinggi dan menjualnya semula pada harga lebih tinggi. Itu spekulasi. Sudah lah menjadi spekulator emas, jual beli emas pula dibuat dengan cara riba apabila wujud elemen hutang (bertangguh) dalam jual beli tersebut. Perbuatan ini adalah sangat bertentangan dengan hadis berkaitan riba.

Sekiranya tuan puan menyimpan harta dalam bentuk emas, barangkali itu antara kaedah menyimpan yang baik. Tapi awas, kena beli pada harga yang betul juga. Kalau tidak, pasti kalah juga dengan inflasi.

Sebenarnya tidak ada beza melabur dalam emas dengan melabur dalam saham, hartanah, pasaran hadapan sawit (CPO) dan sebagainya. Mereka yang telah  membeli emas beberapa tahun lepas adalah orang yang sedang menjualnya hari ini.

Rule of investment terpakai.

Dan setiap benda yang naik pasti akan jatuh!

– See more at: http://www.pakdi.net/apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-pelaburan-emas/#sthash.PR2R7ihb.dpuf


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: