Koperasi Tentera: NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 48

24 06 2013

1

Source:http://www.katmb.com.my/infoterkini/NotisAGM48.asp

30hb Mei 2013 – DENGAN INI DIMAKLUMKAN bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke 48 Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad akan diadakan pada hari Ahad, 30 Jun 2013, jam 7.00 pagi di Dewan Besar PERHEBAT, Kem Sg. Buloh, 47000 Selangor.

AGENDA

  1. Mendaftar dan memilih Anggota Lembaga baru mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil.
  2. Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang anggota dan empat orang Anggota Lembaga Koperasi untuk menentusahkan deraf Minit Mesyuarat Agung Tahunan.
  3. Membentang dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 47 yang telah diadakan pada 24 Jun 2012.
  4. Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan Beraudit bersama Pembahagian Keuntungan bagi tahun berakhir 31 Disember 2012 serta Laporan Lembaga Koperasi, Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman, Laporan Juruaudit Luar dan Pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia berserta dividen tunai 13% atas yuran dan syer sepertimana dicadangkan oleh Lembaga dalam laporan mereka.
  5. Menimbang dan meluluskan saraan bagi tahun 2013 kepada Anggota Lembaga dan Lembaga Pengarah syarikat subsidiari yang juga Anggota Lembaga Koperasi menurut Seksyen 46 (2) Akta Koperasi 1993.
  6. Meluluskan semakan semula bajet bagi tahun 2013 dan bajet bagi tahun 2014 termasuk perbelanjaan Anggota Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD).
  7. Mengumumkan keputusan pemilihan Anggota Lembaga baru.
  8. Menimbang dan meluluskan tambahan dan pindaan kepada Undang-Undang Kecil dan Aturan-Aturan Koperasi, jika ada.
  9. Melantik Juruaudit Luar.
  10. Menetapkan had maksima keterhutangan Koperasi sebanyak RM2.0 bilion bagi tahun 2014 dengan kadar keuntungan bank tidak melebihi kadar pasaran semasa.
  11. Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan baru Koperasi bagi tahun 2014.
  12. Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa usul atau urusan lain Koperasi yang suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan.
30 Mei 2013
Dengan Perintah Lembaga
TUAN HJ WAN DERIS BIN WAN AHMAD
BKT PMC PJM PPS PPA
Setiausaha
Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C
Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: