Koperasi Tentera catat untung RM249.09 juta, dividen 14 peratus

2 07 2013

1 2Source:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130701/dn_22/Koperasi-Tentera-catat-untung-RM24909-juta-dividen-14-peratus

KUALA LUMPUR 30 Jun 2013 – Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) mencatat keuntungan sebelum cukai bagi tahun kewangan 2012 berjumlah RM249.09 juta berbanding RM209.51 juta tahun sebelumnya iaitu menyaksikan peningkatan 19 peratus.

Ini merupakan keuntungan tertinggi pernah dicatatkan sejak koperasi tersebut mula beroperasi pada 1960 dan sehubungan itu, Koperasi Tentera mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 14 peratus atau bersamaan RM119 juta kepada lebih 145,000 ahlinya.

Pada masa sama, jumlah terkumpul yuran dan modal Koperasi Tentera bagi tahun kewangan 2012 turut meningkat kepada RM915.88 juta berbanding hanya RM819.7 juta pada 2011, selain jumlah simpanan wang anggota juga meningkat 8.7 peratus menjadi RM197.54 juta.

Peningkatan itu sekali gus memberikan perkembangan positif apabila Koperasi Tentera berjaya menambah pemilikan aset kepada RM2.38 bilion berbanding RM2.19 bilion untuk tahun sebelumnya dan daripada jumlah itu, 85 peratus atau RM2.022 juta adalah aset pembiayaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau bangga dengan kemampuan koperasi berkenaan membayar dividen melebihi 12 peratus selama 16 tahun berturut-turut sejak 1996.

“Malah, dalam enam tahun kebelakangan ini sahaja Koperasi Tentera membayar dividen RM520 juta kepada ahlinya, iaitu pada kadar purata 13.5 peratus setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-48 di Dewan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Pengerusi Koperasi Tentera, Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, beliau amat kagum dengan fokus serta komitmen pihak pengurusan Koperasi Tentera, khususnya dalam menggalakkan ahli-ahlinya menabung sehingga kadar yuran serta syer keahlian sahaja sudah mencecah sehingga RM916 juta.

Menurutnya, kejayaan tersebut mampu dicapai kerana pengurusan Koperasi Tentera berpegang kepada lima prinsip teras iaitu mengutamakan merit; akur kepada dasar dan peraturan; mengutamakan anggota dan organisasi; tumpu kepada kos dan hasil serta berpaksikan integriti.

Jelasnya, dengan sistem pengurusan sedemikian, Koperasi Tentera kini berada di landasan betul untuk melaksanakan pelan transformasi dalam usaha menjadi sebuah bank koperasi menjelang 2015, sekali gus berupaya menyumbang kepada pembangunan negara dan aktiviti rakyat.

Sementera itu, Che Hasni berkata, sejajar dengan hasrat untuk muncul sebagai bank koperasi dalam masa dua tahun lagi, Koperasi Tentera kini sedang melakukan persiapan rapi dalam meningkatkan kapasiti serta keupayaan secara keseluruhan termasuk mengenal pasti model perniagaan.

Bagaimanapun kata beliau, fokus ke arah menjadi bank koperasi tidak menjejaskan tumpuan Koperasi Tentera dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada ahli-ahlinya apabila sejumlah RM1.10 juta diagihkan di bawah skim dermasiswa sepanjang tahun ini sahaja.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130701/dn_22/Koperasi-Tentera-catat-untung-RM24909-juta-dividen-14-peratus#ixzz2Xr5afTYG
© Utusan Melayu (M) Bhd


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: