Agihan pendapatan AHB 3.30 sen

13 10 2014

Agihan pendapatan AHB 3.30 sen

Kuala Lumpur: Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn Bhd mengumumkan pengagihan pendapatan akhir 3.30 sen seunit untuk dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tahun kewangan berakhir pada 30 September 2014.

Pengagihan pendapatan pertama 3.30 sen seunit bagi tempoh enam bulan pertama berakhir 31 Mac 2014 telah dibayar pada April 2014.

Jumlah pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir pada 30 September 2014 6.60 sen seunit yang ditanda aras berasaskan ukur rujuk prestasi 12 bulan Akaun-I Pelaburan Am Maybank Islamic Bhd.

Pengagihan pendapatan akhir AHB dikecualikan cukai dan dizakatkan dan dikreditkan ke dalam akaun bank pemegang unit pada 15 Oktober 2014 manakala bagi ahli skim pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), agihan pendapatan dikreditkan ke dalam Akaun 1 KWSP.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: