Case Study: Ingin Beli Hartanah Zaman Gawat, Boleh Atau Tidak?

30 09 2015

Menjawab soalan rakan ini:

gawat beli rumah

“It is not about being right, it is about being prepared.”

Preparation-1

1. Masalah membeli hartanah utk diduduki bukan pada kegawatan ekonomi negara tetapi pada GAWATNYA POKET SENDIRI.

Gawat poket sendiri bermakna;

  • simpanan tak cukup
  • pendapatan tak stabil
  • tiada kemampuan mengambil pinjaman perumahan

Ini zaman ekonomi negara maju pun, belum tentu boleh beli hartanah. Betul tak?

Tapi poin di sini, jika cik/puan beli utk duduk, mengapa perlu risau harga pasaran mahal atau murah, ekonomi bagus atau gawat?

Yang penting ‘berkemampuan utk bayar’.

Tetapi jika gawat poket sendiri, cik/puan jangan beli hartanah lagi. Tambah pendapatan dulu, stabilkan, menyimpan wang, kemudian bina pendapatan alternatif. Kiranya multiple-source of income.

Seterusnya, baiki dan susun profil kewangan utk persediaan meminjam dari bank.

2. Tapi, jika ekonomi negara gawat, bukankah ‘advantage’nya kepada cik/puan?

Zaman gawat ekonomi, inilah masanya cik/puan boleh meminta diskaun lebih (jika penjual terdesak, dia akan berikan) oleh sebab ramai tuan rumah terdesak menjual berbanding bakal pembeli yg sedikit, ini kita panggil ‘buyer market’.

Ini ‘opportunity’. Dalam bahasa Cina, jika tidak silap, KRISIS ada 2 makna; ‘bahaya’ dan ‘peluang’.

3. Jika risaukan harga hartanah TURUN sehingga 50% dari harga pasaran, cuba lihat ‘track record’ hartanah di seluruh Malaysia pada zaman gawat (1997-1998 dan 2008).

Tahun 1997-1998, harga hartanah mencatatkan sejarah penurunan harga 10% dalam pasaran ‘subsale’. Itu yg paling teruk.

Tapi jika dilihat graf 1995-2015, secara keseluruhannnya meningkat dengan stabil dan kejatuhan itu lebih berbentuk ‘correction’ sementara menunggu ‘market demand’ utk ‘absorb supply’ ke paras yg sepatutnya.

Di sini saya kongsikan juga Malaysia House Price Index 10 dan 20 tahun ke belakang.

10 years house price index

20 years house price index

Saya biasanya memilih lokasi hartanah yg harganya meningkat dengan stabil (benchmark: infrastruktur dan kadar sewaan) berbanding lokasi yg harganya telah meningkat dengan laju.

Naik laju, silap-silap jatuh pun laju. Bilamana bermain dengan spekulasi, lagi besar risikonya.

4. Jangan risau, cik/puan bukan membeli SAHAM yg sifatnya ‘volatile’; di mana harga boleh turun sehingga 50% dalam masa yg singkat oleh berita yg kurang baik. Atau FOREX.

Ini, jika hilang duit tak mengapa lagi, jangan hilang nyawa dek sakit jantung.

Jika di dalam seminar sy akan lukis graf perbezaan kenaikan harga hartanah Malaysia dan graf KLCI.

5. Adakah harga akan terus meningkat utk jangka masa panjang?

Pertamanya, itu semua urusan Allah swt yg tentukan.

Kedua, dengan ilmu yg sedikit ini, sy menjangkakan harga hartanah akan terus meningkat kerana faktor makro dan mikro.

  • Makro: inflasi, Quantity Easing, devaluation of currency, sistem fractional reserve banking
  • Mikro: demand & supply, tanah berkurang, populasi meningkat, infrastruktur bertambah

6. Takut membeli projek hartanah ‘underconstruction’? Cuba cari 4 tips utama yg sy kongsikan dalam memilih hartanah jenis ini di blog Dr Waqipedia (http://drwaqipedia.com).

Saya sendiri masih lagi membeli hartanah ‘underconstruction’ yang memenuhi 4 kriteria tersebut dan yg sesuai dengan PELAN PELABURAN sy.

IMG_1995-1

Antara sebabnya;

  • modal yg rendah
  • tidak pening masalah pengurusan sewaan selama 3-4 tahun (boleh belajar dalam tempoh ini dengan buat sublet)
  • tidak pening mengejar lawyer atau banker
  • ‘developer’, ‘inflasi’ dan ‘pasaran’ bekerja keras utk kita
  • sesuai dengan org yg profilnya ‘malas’ seperti sy
  • baru dan ‘cun’ (tanya orang perempuan, nak handbag baru atau lama, mesti nak yg baru, lelaki pun sama)

7. Nak beli subsale atau lelong? Lagilah BOLEH. ‘Objek’ nya pun dah ada. Secara umumnya, banyak pilihan menarik di pasaran ‘subsale’ ni terutamanya hartanah yang berharga bawah RM600,000 – RM800,000.

Kena rajinkan turun padang setiap hujung minggu, ‘inspect’ dan periksa. Buat list, bincang dengan suami/isteri/ibu bapa kemudian bandingkan harga, ambil yg terbaik.

Kurang-kurang pun, isi borang ini (http://bit.ly/buyhousefast), kami di WWM Group boleh ‘matching’kan anda dengan listing yang kami ada dan terima. Ini sudah pasti memudahkan anda utk membeli, bukan?

8. Tapi jika ingin beli utk PELABURAN, cari buku dan baca (rakyat Malaysia ramai yg malas baca buku, beli pun tak baca), pergi seminar belajar, atau HAVOC HARTANAH (http://bit.ly/havockl). Ini berbaloi-baloi jika pergi.

Macam-macam boleh belajar dengan harga murah. Ekonomi, kewangan dan pelaburan hartanah.

Dated:29Aug15

Source:http://drwaqipedia.com/index.php/2015/08/29/case-study-ingin-beli-hartanah-zaman-gawat-boleh-atau-tidak/


Actions

Information

Leave a comment